https://critoxium.com/shop/

Terkini

'Jangan Salahkan PMX atau Peguam Negara!'


Oleh Hassan Abdul Karim

JANGAN SALAHKAN PEGUAM NEGARA
JANGAN SALAHKAN PM ANWAR IBRAHIM
JANGAN SALAHKAN KERAJAAN MADANI
JANGAN SALAHKAN MENTERI DALAM NEGERI
JANGAN SALAHKAN PENGARAH PENJARA KAJANG

Yang salah ialah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengeluarkan Perintah Discharge Order yang mengelirukan, yang ditandatangani oleh Timbalan Pendaftar.

Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh kena turun padang.Kenapa standard Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur yang mengeluarkan dokumen Perintah terhadap kes Tahanan Rumah ke atas Dato' Najib Razak begitu buruk sekali?

Sebelum pergi jauh.Saya minta penjelasan dari Ketua Hakim Negara adakah Order of Discharge on Payment of Fine terhadap Dato' Najib Razak bertarikh 06 November 2026 yang tular di media sosial itu benar dan sahih?

Kalau dokumen itu benar dan sahih, kenapa terdapat begitu banyak kesilapan di dalam dokumen tersebut ?

i) Kenapa nama Mahkamah pun tak ditulis dengan betul?

ii) Kenapa terdapat nombor seksyen-seksyen dan nama Akta berkenaan yang dikaitkan dengan kesalahan Najib Razak pun tak betul ditulis?

iii) Kenapa ditulis Discharge order, bukannya transfer Order?

iv) Discharge Order bermakna Perintah Pembebasan, manakala Transfer Order adalah Perintah Pemindahan.Adakah Pegawai Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak memahami fakta kes iaitu Perintah Lembaga Pengampunan yang diputuskan oleh Yang diPertuan Agong pada 18 September 2026 ialah memerintahkan Dato' Najib Razak menjalani Tahanan Rumah bagi baki hukuman di bawah Kes SRC International, bukannya dibebaskan.

V) Ketua Hakim Negara perlu tengok kenapa bahasa yang digunakan dalam Dokumen Order of Discharge on Payment of Fine itu macam rojak, bahasa Inggeris bercampur-baur dengan Bahasa Melayu, lintang-pukang.Langsung tidak profesional.Tidakkah Pegawai di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur itu tidak menyedari bahawa Seksyen 16 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [ Akta 91] menyatakan bahawa semua pliding, afidavit, eksibit dan borang hendaklah ditulis dalam Bahasa Kebangsaan?

Vi) Mengapa nampak begitu kelam-kabut dan tergesa-gesa dokumen Perintah tersebut disediakan sehingga nama penuh Dato' Najib dan nama penuh ayahandanya Tun Abdul Razak ditulis dengan begitu cuai, berbeza-beza dalam satu dokumen yang begitu penting?

Dengan huraian yang saya nyatakan di atas, adalah betul dan tepat bagi Peguam Negara menangguhkan dulu Perintah Tahanan Rumah ke atas Dato' Najib Razak sehingga Mahkamah Tinggi memutuskan tafsiran yang benar, tepat dan sah.

Memang tugas hakiki Mahkamah untuk mentafsirkan undang-undang jika terdapat kekaburan dan kekeliruan.

Dalam hal ini saya melihat Peguam Negara telah menjalankan tugas dan amanahnya dengan penuh tanggungjawab selaras dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan yang menjadi punca kuasa seorang Peguam Negara dilantik.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.