PRK PD: Ramai beri sokongan kepada calon PAS
PORT DICKSON: Calon PAS pada Pilihan Raya Kecil
(PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Nazari Mokhtar tiba di pekarangan
tempat berkumpul di SMK Datuk Haji Abdul Samad tepat jam 7:35 pagi.
Tempoh masa untuk mengemukakan Kertas Penamaan Calon akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Perarakan mengiringi calon ke pusat
penamaan calon akan diiringi oleh para pimpinan kanan PAS, Timbalan
Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib-naib Presiden PAS,
Ustaz Idris Ahmad, Dato' Iskandar Abdul Samad, Ketua Dewan Ulamak PAS
Pusat, Dato' Dr Mahfodz Muhammad, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin
Hassan, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam,
Pengerusi DHPP PAS Pusat, N Balasubramaniam, Pesuruhjaya PAS Negeri
Sembilan, Ustaz Mustaffa Daharun dan ramai lagi.
Hingga setakat jam ini, semakin ramai
datang berkumpul memberi sokongan kepada calon PAS yang akan berentap
pada PRK P.132 Port Dickson menyaksikan kemungkinan lawan lapan penjuru.
Perarakan akan bermula selepas solat hajat pada jam 7:55 pagi yang diimami oleh Timbalan Presiden PAS.
Hari ini merupakan hari penamaan calon
bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.132 Port Dickson bertempat di
Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.
Perarakan calon PAS bergerak pada jam
8:10 pagi yang dijangka jaraknya satu kilometer dari tempat berkumpul ke
pusat penamaan calon.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.