Rakyat mula tunjuk rasa kesal undi PH
PETALING JAYA: Timbalan
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Ahmad Yunus berkata, kes penahanan reman
ke atas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tidak akan mempengaruhi
pengundi Seri Setia terhadap parti itu.
Katanya, beliau menyerahkan kes itu
kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat
siasatan secara telus dan adil.
“Saya kira dengan kebijaksanaan pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dapat memberi keputusan yang terbaik.
“PAS sentiasa menekankan dan mengambil berat terhadap integriti,” katanya kepada Harakahdaily semasa ditemui pada majlis ceramah sempen kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia, malam tadi.
Menurutnya, pengundi sudah cukup faham
apa yang berlaku hari ini dan rakyat lebih fokus membawa mesej untuk
memberi kesedaran kepada kerajaan baharu yang mana banyak janji-janji
tidak ditunaikan.
Jelasnya, mesej ini bukan sahaja untuk
Kerajaan Negeri Selangor tetapi juga untuk kerajaan Persekutuan yang
dipimpin oleh Pakatan Harapan.
Bekas Exco Kerajaan Selangor itu
menambah, rakyat hari ini sudah mula menunjukkan rasa kesal memberi undi
kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Ini, ujarnya kerana kerajaan PH dilihat tidak mampu untuk memberi sebarang perubahan kepada rakyat malah semakin terbeban.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.