Undi PAS di Seri Setia, signal protes beban SST
Oleh NASRUDIN HASSAN
PARTI Islam Se-Malaysia
(PAS) menggesa para pengundi di Dun Seri Setia membuat perubahan dengan
mengundi calon PAS Dr Halimah Ali sebagai tanda protes terhadap beban
SST yang mula membelenggu rakyat.
Pengenalan semula SST hanya mengitar
kembali masalah yang sama dan langsung tidak mampu menyelesaikan masalah
pokok iaitu kenaikan harga barang dan meningkatkan beban kos sara hidup
rakyat.
Campur tangan kerajaan terhadap pasaran dengan menggunakan mekanisme cukai kepenggunaan akhirnya akan membebankan rakyat.
Cukai jualan (5% dan 10%) yang dikenakan terhadap pengilang akan membawa kepada kenaikan kos pengeluaran (compounding effect).
Begitu juga, cukai perkhidmatan sebanyak 6% juga secara langsung masih membebankan rakyat seperti pelaksanaan GST yang lalu.
Malah, bagi sesetengah keadaan, pengguna
dikenakan dua kali beban cukai atau pun tiga kali kerana sesetengah
pihak hotel dan restoran mengenakan caj servis sebanyak 10%.
Undi kepada calon PAS sebagai tanda
protes kepada pemerintahan Pakatan Harapan. Hal ini menunjukkan solusi
yang dikemukakan oleh PH tidak matang.
Berbeza dengan PAS, asas percukaian yang
akan dikenakan tidak membebankan rakyat kebanyakan khususnya golongan
B40 dan M40 dan ia juga tidak menyukarkan kerajaan untuk mendapatkan
hasil.
PAS mempunyai formula cukai tidak
membebankan, hanya kepada golongan 1% hingga 3% dalam kalangan T20
dengan kadar yang sangat munasabah iaitu sekitar 2.5% jika diberi mandat
memerintah negara pada PRU akan datang.
Justeru itu, sebagai langkah awal menuju
PRU ke-15 kelak, berilah peluang kepada PAS untuk menampilkan solusi
berdasarkan tasawwur Islam dan mengutamakan kebajikan rakyat melalui
kemenangan dalam pilihanraya kecil Seri Setia ini.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.