Bayar royalti seperti perjanjian 1975
KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan perlu merealisasikan komitmen Perdana Menteri bagi membayar royalti petroleum kepada Kelantan.
Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mesyuarat
Majlis Kewangan Negara pada 7 Jun lepas memberi jaminan akan membayar
royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak.
Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar
Abdullah berkata, kerajaan Kelantan dan persekutuan masih dalam
perbincangan mengenai perkara tersebut.
"Perkara itu masih lagi dalam
perbincangan antara kerajaan negeri dan persekutuan. Jadi masih terlalu
awal untuk mengupas perkara itu.
"Cuma kita berharap kerajaan pusat membayar royalti sebagaimana perjanjian pada 1975," katanya ketika ditemui di sini hari ini.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.