Tanah runtuh: Jangan lepas tangan...
Oleh Che Alias Hamid
KERAJAAN sewajarnya
memandang serius lebih-lebih lagi berkaitan tanah runtuh yang berlaku di
Bukit Kukus, Pulau Pinang apabila pihak berkuasa gagal mencegah
kejadian tanah runtuh yang telah meragut nyawa.
Sehingga laporan hari ini tujuh mangsa terkorban
yang melibatkan warga asing.
Sejak akhir-akhir ini, sebanyak 700 kes
tanah runtuh dan kegagalan cerun untuk tahun ini yang disebabkan faktor
hujan lebat luar biasa. Jelaslah di sini bahawa isu kes tanah runtuh ini
bukanlah isu yang boleh dipandang ringan apabila melibatkan nyawa.
Faktor utama berlakunya tanah runtuh
apabila manusia rakus dalam pembangunan yang tidak terkawal di kawasan
cerun dan menebang pokok secara tidak teratur yang menjejaskan alam
sekitar.
Kenyataan pihak kerajaan Pulau Pinang
untuk meneruskan projek pembangunan infrastruktur di kawasan cerun
bukit, termasuk di projek Jalan Berkembar Bukit Kukus setelah berlaku
tanah runtuh serta tidak mahu untuk mengkaji semua projek di kawasan
cerun bukit walaupun mendapat tentangan daripada NGO.
Saya mengesa agar Kerajaan segera
mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengenal pasti punca sebenar
insiden ini dan melakukan langkah-langkah yang proaktif untuk
meningkatkan aspek keselamatan di mana-mana kawasan pembinaan yang
bercerun memandangkan kapasiti pemantauan Kerajaan amat lemah.
Jelaslah di sini bahawa bukan kerajaan
Pulau Pinang sahaja yang perlu bekerjasama dengan semua agensi untuk
menangani masalah tanah runtuh dan penerokaan hutan yang tidak terkawal
tetapi semua kerajaan negeri memainkan peranan yang penting.
“Islam Memimpin”
YB Tuan Che Alias HamidParlimen Kemaman




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.