Advokasi dan Konsultasi penting sebelum meratifikasi ICERD
Oleh AIMAN ATHIRAH SABU
Konvensi Antarabangsa tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination – ICERD) adalah sebuah konvensyen (perjanjian) hak asasi manusia antarabangsa yang meminta anggotanya untuk komited menghapuskan diskriminasi terhadap kaum.
Sekaligus menggalakkan kesefahaman di antara semua kaum. Konvensyen ini juga menghendaki ahli anggota untuk mengharamkan ucapan-ucapan kebencian (hate speech) dan meletakkan penyertaan dalam organisasi perkauman sebagai salah satu jenayah.
Pada prinsipnya, saya melihat ia selari dengan tuntutan agama Islam yang mendidik kita bahawa semua manusia hakikatnya berasal daripada nasab yang sama iaitu Adam dan Hawa. Ia juga selari dengan fitrah Islam sebagai agama selamat dan sejahtera yang dibangunkan dengan semangat Rahmah, saling berkasih sayang. Meletakkan kebencian, adu domba dan permusuhan dalam wajah apa pun (sama ada antara kaum atau sesama kaum) sebagai bahagian besar daripada mazmumah (kejahatan) yang merosakkan, lantas mesti ditolak.
Justeru, pada dasarnya saya menyambut baik usaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan) untuk mengangkat cadangan meratifikasikan konvensi ini. Walau bagaimanapun, adalah amat perlu untuk kita pastikan ianya dibuat melalui proses yang tertib dan cermat dengan meletakkan Perlembagaan Negara sebagai perkara dan rujukan utama. Di samping serius mengambil cakna terhadap konsensus-konsensus awal dalam naratif sejarah pembentukan Malaysia itu sendiri.
Untuk itu, saya menyokong penuh pendirian Timbalan Presiden Amanah, YB Datuk Salahuddin Haji Ayub yang menegaskan bahawa perkara paling utama dipertahankan adalah Perlembagaan Negara dan sebarang percanggahan adalah ditolak. Ia tidak bermakna bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) menolak ICERD secara total, tetapi meletakkan syarat utama yang terlebih dahulu perlu diberikan perhatian agar ia bersifat praktikal, dan bukan semata-mata meratifikasinya. Ini sekaligus bertepatan dengan Ikrar dan Sumpah yang telah dilafazkan oleh setiap anggota Parlimen untuk mempertahankan Perlembagaan Negara sebelum mengambil tempat sama ada di Dewan Rakyat mahupun di Dewan Negara
Jika kita menanganinya secara demokrasi yang cermat melalui proses advokasi, konsultasi dan dalam rangka perlembagaan negara sejujurnya ; saya yakin dan percaya dalam tempoh 5 tahun yakni penggal pertama Pakatan Harapan mentadbir negara, jalan perpaduan di hadapan adalah sangat cerah.
Jika kita gopoh dan dilihat mengabaikan pandangan-pandangan khususnya semua stakeholders Melayu Islam, kita hanya akan menyulitkan keadaan.
Pakatan Harapan secara keseluruhannya perlu kembali menyusun prioriti (fiqh al awlawiyat) dalam pentadbiran khususnya pada garis serta tempoh transisi ini. Pemulihan ekonomi negara adalah perkara yang paling utama dalam memastikan kesejahteraan rakyat dapat direalisasikan. Itulah juga faktor utama yang telah menyatukan semua warga untuk membuat perubahan dan menukar regim pemerintahan.
Dengan komitmen Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan rakyat semua kaum dibela dan diberikan keadilan, itu hakikatnya sudah merupakan sebahagian daripada ruh konvesi ICERD itu sendiri.
Malaysia yang unik ini perlu dibangunkan semula secara tenang dan aman, elakkan sebarang provokasi termasuk perasaan terancam oleh mana-mana kaum akibat perubahan pemerintah.
Perlu ada rasa kebertanggungjawaban yang tinggi dalam diri setiap kita khususnya anggota-anggota pentadbiran yang diamanahkan seperti para Menteri dan Timbalan Menteri. Kemenangan ini suatu yang bukan mudah. Telah menelan pengorbanan tenaga, harta, rasa dan masa yang bukan sedikit. Dikejar biarlah dapat, dikendong jangan lah sampai keciciran.
Atas kekuatan Malaysia yang sedia ada, kita bangunkan kekuatan dan kejayaan baharu yang lebih wibawa serta gemilang.
Penulis adalah Senator di Dewan Negara

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.