Negara ini sebenarnya milik Tuhan, bukan milik kita. Tuhan menjadikan
negara ini sebegini supaya ia boleh dikongsi dengan orang lain.
Jika
Tuhan mahu, Dia boleh menjadikan negara kita ini hanya untuk dihuni
oleh umat Melayu Islam saja, tapi Dia tidak menjadikan negara ini
begitu.
Agaknya, apa jadi pada negara ini jika ia hanya dihuni oleh orang Melayu Islam saja?
Pada masa sama kita juga mahu orang kafir Switzerland berkongsi negara mereka yang indah itu dengan orang Islam di sana.
Kita
mahu orang kafir Finland berkongsi sistem pendidikan mereka yang
canggih itu bersama-sama semua orang, termasuk orang Islam di sana.
Di AS, kita mahu kafir Uncle Sam itu berkongsi teknologi negara mereka dengan orang Islam yang di sana.
Kita
masih bertegas bahawa orang kafir di China, di India, di Thailand, di
Fiji, di Macau dan sebagainya berkongsi bumi mereka dengan orang Islam
yang tinggal di sana.
Cara menjadi tuan
Katakanlah
di sini, kita kata bahawa bumi ini milik datuk nenek moyang kami orang
Melayu. Justeru semua orang bukan Melayu atau kafir bolehlah nyah dari
sini.
Mengapa? Sebab kami tuan di sini.
Kemudian bagaimana
pada masa sama orang kafir Switzerland pula bersuara dan menuntut supaya
bumi tempat datuk nenek moyang mereka tinggal itu tidak layak didiami
oleh orang Islam?
Bagaimana kalau mereka berkata kepada orang Islam: "Nyahlah kalian orang Islam dari sini kerana kami tuan di sini"?
Bukankah dunia akan menjadi huru-hara jika penduduk Bumi ini saling halau-menghalau sesama mereka?
Gambar hiasan
Jika
orang Melayu Islam mahu kekal sebagai tuan di negara ini, satu-satunya
cara untuk menjadikan kehendak itu dihormati ialah dengan menunjukkan
perangai yang baik.
Ketuanan Melayu Islam tidak akan tertegak
dengan kuliah-kuliah yang membodohkan umat Islam oleh para agamawan yang
bertindak sesuka hati di mana-mana, termasuk di rumah Allah.
Kemudian
di satu sudut lain dalam dunia ini, ada orang Islam sengaja membuka
akaun palsu di Facebook dengan niat untuk memudahkannya memaki orang
lain sesuka hati tanpa perlu dikenali.
Akhlak seorang tuankah kalau begitu?
Gambar hiasan
Allah
menjadikan manusia untuk bersaing sesama sendiri secara sihat, termasuk
berlumba-lumba berbuat kebaikan supaya semua orang yang beragama boleh
menikmati kemajuan dan keadilan.
Tanpa persaingan - menurut
al-Quran - masjid pun boleh runtuh kerana orang Islam akan berlaku zalim
sesama sendiri. Sejarah sudah membuktikannya.
Dalam semua agama,
ada orang baik dan orang jahat. Orang yang paling baik dalam kehidupan
dunia ialah orang yang paling berguna kepada dunia.
Orang Islam
juga disuruh memungut segala kebijaksanaan daripada sesiapa saja yang
memilikinya kerana kebijaksanaan adalah hak orang Islam.
Soalnya,
bagaimana orang Islam boleh memungut kebijaksanaan itu jika kita sendiri
sentiasa berada dalam prasangka, prejudis dan taasub?
Sanggupkah
orang lain berkongsi kebijaksanaan mereka dengan kita - umat Melayu dan
Islam ini - jika kita sendiri menjadi orang yang tak layak dikongsikan
kebijaksanaan?
Jadilah tuan, tetapi seorang tuan yang berakhlak
baik serta bijak. Berkongsilah alam ini dengan orang lain, kerana alam
ini bukan milik kita semata-mata. ZOLKHARNAIN ABIDIN ialah pengarah hal ehwal syariah Parti Amanah Negara (AMANAH).
Apa ertinya menjadi Melayu dan Islam
Reviewed by editorreformis
on
November 04, 2018
Rating: 5
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
2488684
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.