Australia panas punggung dengan kritikan Mahathir
Kerajaan Australia menyuarakan rasa tidak senang dengan kritikan Dr
Mahathir Mohamad terhadap cadangan mereka memindahkan kedutaan dari Tel
Aviv ke Baitulmuqaddis.
Mengulasnya, menteri kewangan Australia Josh Frydenberg mengingatkan Mahathir memang mempunyai reputasi berkaitan pendirian dalam isu berkaitan Palestin dan Israel.
“Dia kata orang Yahudi hidung besar.
"Dia persoal jumlah orang yang terbunuh dalam peristiwa Holocaust,” kata Frydenberg dalam wawancara radio, seperti dilaporkan Reuters.
Mahathir dalam Sidang Kemuncak Asean di Singapura menyamakan cadangan Astralia itu seperti menambahkan lagi penyebab keganasan.
Perdana Menteri Ausralia Scott Morrison mengakui Mahathir membangkitkan perkara itu padanya tetapi menegaskan dasar luar mereka tidak akan ditentukan negara luar.
Malaysia dan Australia pernah berdepan hubungan tegang lebih dua dekad lalu.
Dua puluh lima tahun lalu, perdana menteri Australia ketika itu Paul Keating menyifatkan Mahathir keras kepala kerana memboikot forum ekonomi Asia Pasifik (Apec) 1993.
Mahathir ketika itu menjadi perdana menteri buat kali pertama.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.