https://critoxium.com/shop/

Terkini

Penjenayah Bukan Wira


Oleh Tamrin Tun Ghafar

1. Itulah tajuk utama (headline) Utusan Malaysia, akhbar kepunyaan UMNO beberapa hari yang lepas.

2. Sebelum itu dalam ruangan editornya yang menggunakan gelaran 'Awang Selamat ' telah dengan terang - terangan membelasah Najib yang pernah menjadi pemimpin parti itu.

3. Khairy Jamaluddin dan Nazri Aziz yang di suatu ketika dahulu merupakan hulubalang Najib, kini tidak segan silu menempelak bekas bosnya itu.

4. Tak cukup dengan itu, satu lapuran Polis dan SPRM tentang salahlaku Najib berhubung 1MDB pun telah dibuat oleh bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau.

5. Tak tahulah pula berapa ramai lagi pemimpin - pemimpin UMNO yang akan mengikuti jejak langkah Khairy, Nazri dan Utusan selepas ini.

6. Sementara itu difahamkan mungkin lebih banyak lagi kes baru terhadap Najib dan Rosmah akan dikemukakan di mahkamah, ini termasuk kes pembunuhan Altantuya.

7. RM2,600 juta atau RM2.6 bilion duit 1MDB dan RM42 juta dari dana SRC yang telah masuk ke akaun peribadi Najib di AmBank telah pun menjadi rahsia umum di serata dunia.

8. Entah berapa bilion lagi yang disimpan diluar negara, sama - samalah kita tunggu dan lihat nanti.

9. Saya pernah terbaca satu coretan yang mengatakan dengan jumlah kesalahan jenayah yang dilakukan, Najib akan menjalani hukuman penjara selama 450 tahun lamanya.

10. Kepada mereka yang masih percaya bahawa Najib, pahlawan Bugis tidak melakukan rompakan- rompakan tersebut , adalah elok jika mereka meminta petunjuk ALLAH SWT.

11. Kita semua harus bersyukur kerana ALLAH SWT telah memberi keberanian kepada rakyat membuang UMN
O , parti Najib ( bukan lagi parti orang Melayu ) ke dalam laut dalam pilihanraya umum lalu.
12. Difahamkan ramai lagi pemimpin UMNO akan diseret ke mahkamah atas segala jenis jenayah yang pernah mereka lakukan semasa bertakhta dahulu.

13. Kini Najib dan Zahid Hamidi sedang memberi gambaran seolah - olah apa yang berlaku terhadap diri mereka adalah satu tindakan politik; kononnya mereka bersih seperti kain putih yang tidak pernah dikotori.

14. Tidaklah menghirankan apabila sesetengah pemakan dedak menyalak seperti anjing gila mempertahankan kedua - dua mereka itu.

15. Dulu Najib bangga menggelarkan dirinya sebagai Pahlawan Bugis yang tidak akan tunduk kepada sesiapa pun.

16. Apabila Tun Mahathir menyelar Najib sebagai lanun, bukan sahaja masyarakat Bugis, malah Sultan Selangor yang juga keturunan Bugis menyelar beliau (Tun); ada yang menuntut Tun meminta maaf kepada masyarakat tersebut.

17. Hari ini bukan sahaja beliau menghadapi tindakan undang-undang di mahkamah, bahkan kerajaan Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat melalui DOJ juga bercadang mengambil tindakan yang sama.

18. Sebenarnya Najib telah menconteng arang di muka masyarakat Bugis apabila beliau kecundang kepada pemberita wanita Al-Jazeera baru - baru ini.

19. Kini terbuktilah rupa-rupanya Pahlawan Bugis itu sebenarnya adalah Pahlawan Plastik sahaja; hanya berani di depan pemakan dedak tapi pengecut menghadapi orang tua yang berumur 93 tahun.

20. Terserahlah kepada masyarakat Bugis khasnya Sultan Selangor dan Johor yang juga keturunan Bugis sama ada mahu terus menyokong perompak ini sebagai Pahlawan mereka atau sebaliknya merendah diri memohon maaf kepada Tun yang telah membongkar perkara sebenar.

21. Bukan ke kaum Bugis mempunyai adat resam dan cara hidup yang baik, merendah diri, menghormati, bermaaf-maafan dan membantu mereka yang memerlukannya.

22. Najib telah MENGHANCURKAN segala harapan dan cita - cita arwah bapanya, Tun Abdul Razak untuk membangunkan negara lebih maju dari negara- negara lain di rantau ini.

23. Dek terlalu sayangkan Rosmah ( atau takut ) beliau sanggup memalukan Tun Rahah, ibu yang pernah menyusukannya dengan berbagai jenayah yang dilakukan.

24. Apabila ditanya oleh Para Sahabat, Rasullullah SAW pernah mengatakan peperangan yang paling besar ialah melawan
NAFSU.

25. Kepada ahli - ahli UMNO di semua peringkat, sedarlah diri dan terimalah kenyataan.
26. SAYONARA UMNO.

Terima Kasih.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.