https://critoxium.com/shop/

Terkini

14,200 maklumat sulit penghidap HIV dicuri

SINGAPURA: Sejumlah maklumat sulit milik 14,200 individu penghidap HIV dilaporkan dicuri dan dibocorkan secara atas talian sekali gus menjadikannya kes kedua pencerobohan data dalam tempoh beberapa bulan di Singapura.

Kementerian Kesihatan berkata, kegiatan itu dipercayai dilakukan oleh penjenayah warga Amerika Syarikat yang pernah disabitkan dengan kes penipuan dan dadah pada 2017, Mikhy K. Farrera Brochez.

Menurut pihak berkuasa itu, lelaki terbabit mendapat bantuan seorang doktor warga Singapura, Ler Teck Siang yang mempunyai akses terhadap daftar HIV, lapor AFP.

“Maklumat sulit 14,200 individu yang menghidap HIV sejak Januari 2013 dan 2,400 kenalan mereka kini berada di tangan orang yang tidak sepatutnya.

“Maklumat itu dibocorkan secara haram menerusi atas talian. Kami kesal dengan kejadian ini yang menimbulkan keresahan dan tekanan terhadap individu terbabit,” kata kementerian menerusi satu kenyataan.

Maklumat itu termasuk nama, alamat, nombor telefon, nombor pengenalan diri, keputusan ujian HIV serta maklumat perubatan lain.

Seramai 8,800 daripada maklumat membabitkan warga asing manakala selebihnya adalah warga Singapura. - AFP

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.