https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mengenengahkan Isu Pendidikan Dan Isu Negara


Oleh HASANUDDIN MOHD YUNUS

Pada 27 Januari 2019 saya berpeluang untuk merasmikan Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Pelajar di SK Bandar Tasek Kesuma, Semenyih yang turut dihadiri oleh ibubapa dan sebahagian guru-guru.

Saya menyebutkan kata-kata Sayidina Omar al-Khattab r.a:
“Didiklah anak-anak kamu agar mereka boleh hidup pada zaman mereka nanti”.

Kerajaan sentiasa peka menilai proses pendidikan yang ada dan sentiasa berhasrat melatih ibubapa dan guru untuk merpersiapkan anak-anak kita semua secucuk dengan zaman mereka nanti.

Semua pihak perlu meramalkan kemungkinan-kemungkinan yang ada pada zaman itu.

Saya juga mengupas kisah dan bahasa perbualan Nabi Ibrahim & Nabi Ismail a.s sebelum melaksanakan tugas besar Ibadah Qurban.

Segala arahan untuk anak-anak wajar dijelmakan dalam “teknik perbualan”.

Saya gembira melihat ramai ibubapa yang hadir sebagaimana dalam susun atur majlis; mereka duduk di sekeliling anak-anak mereka.

Saya perlu menyentuh tentang jambatan yang menghubungi Kg Sasapan Batu Rembau dan Bandar Tasek Kesuma yang dipulihkan atas biayaan Pejabat Parlimen Hulu Langat, kerana ia jalan pintas untuk sebahagian anak-anak dan ibubapa serta guru-guru yang ada.

Saya juga menyentuh pelbagai bantuan Kerajaan kepada orang ramai dan masyarakat walaupun hutang 1MDB dan bunganya masih meningkat dan menakutkan. Ia sangat bertepatan dengan tugas saya sebagai anggota PAC.

Saya tiada menyentuh isu politik kepartian. Saya juga tidak menyebut parti Pakatan Harapan atau kerjasama UMNO & PAS, kehilangan kerusi MIC di Cameron Highland yang sangat rancak diperkatakan di luar sana.

Fokus saya kepada perkembangan Pendidikan dan saya menganggap itu sebahagian Majlis Ilmu dan merupakan pesanan seorang pemimpin kepada anggota masyarakatnya.

Saya kekal mendoakan agar anak-anak kita semua, anak-anak guru-guru di sekolah, anak-anak para pembaca semua sentiasa dimuliakan Tuhan di mana sahaja mereka berada.

HASANUDDIN MOHD YUNUS
Ahli Parlimen
P101 Hulu Langat

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.