Elak rawat sendiri racun
APABILA anda mengalami gejala seperti pening, sesak nafas dan
sebagainya ketika terminum bahan tidak anda ketahui, sebaiknya segera
bertemu pakar perubatan.
Tindakan suka bertangguh dan memandang ringan terhadap gejala berkenaan selepas pengambilan produk tertentu baik dalam makanan mahupun minuman boleh mengundang kerosakan teruk pada organ.
Malah ada yang gemar mencari solusi atau penawar sendiri termasuklah mengamalkan petua seperti air kelapa, garam dan sebagainya bagi melegakan simptom penyakit.
Tahukah anda ia hanya akan memburukkan keadaan? Malah tindakan merawat sendiri keracunan bahan kimia dialami boleh mengancam nyawa jika mengambil bahan yang salah atau mencetuskan tindak balas yang tidak diingini.
Menurut Pakar Perubatan Kecemasan Dr Mohamad Iqhbal Kunji Mohamad, kemalangan membabitkan pengambilan bahan beracun termasuklah bahan kimia berat dan sebagainya antara kes yang ditangani pihaknya.
Apa yang menyedihkan, kemalangan seumpama itu kerap terjadi dan kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan keluarga berpendapatan rendah.
“Apabila membabitkan isu pengambilan bahan racun, kita melihat pesakit yang dirujuk kepada pihak hospital selalunya berkait rapat dengan pengambilan secara sengaja ataupun berniat untuk mendatangkan kecederaan diri.
“Hanya peratusan terpencil (kecil) saja yang tidak sengaja terminum bahan beracun. Maklumlah terdapat pelbagai produk tiruan yang menggunakan bahan terlarang dalam produk mereka yang pada akhirnya menjejaskan kesihatan.
“Selalunya apabila sudah mudarat dan tidak boleh dikawal, barulah individu itu mendapatkan rawatan di hospital. Sedangkan apabila sudah sampai, kes berkenaan sudah berada di tahap tiga atau empat yang mana kerosakan anggota dan organ sudah merebak ke organ vital,” katanya.
Merujuk kepada insiden berangkai berlaku tahun lalu akibat keracunan metanol, kata Dr Iqhbal, kebanyakan mangsa dalam keadaan sedar sebelum mengambil atau minum bahan beracun.
“Kebanyakan kes termakan racun atau bahan tinggi asid selalunya mangsa tahu ia tidak baik untuk kesihatan. Namun kerana mahu ‘nikmat’ sebenar dan melepaskan tekanan diri jadi mereka memilih jalan pintas.
“Langkah pencegahan masih menjadi keutamaan dalam menyelesaikan isu ini. Kempen dan sokongan psikologi sangat penting buat golongan ini dalam membantu mereka memilih gaya hidup lebih selamat.
“Malah ketika menangani gejala atau kemalangan domestik akibat kecuaian penghuni atau individu lain, mereka perlu sedar langkah terbaik adalah terus membawa mangsa ke hospital.
“Sebaiknya bawa sekali sampel bahan disyaki penyebab keracunan untuk membantu pakar perubatan mencari rawatan atau ubat sesuai. Ini kerana komplikasi kimia iaitu beracun atau beralkali tinggi mempunyai impak berbeza kepada pesakit. Elak memberi pesakit bahan lain yang dikhuatiri boleh menjejaskan situasi pesakit,” katanya.
Sementara itu, pada sebahagian botol bahan kimia, terdapat beberapa panduan langkah langkah kecemasan dalam membantu mangsa.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.