Asyraf dakwa Yadim ‘dirobek’ DAP, Mujahid kata Sheikh Omar layak
KUALA LUMPUR, — Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mempertikai
pelantikan wakil rakyat DAP dalam Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia (Yadim).
Bekas presiden Yadim menyifatkan pelantikan Sheikh Omar Ali tidak wajar kerana parti itu “tidak mengiktiraf Islam” dan konsisten “mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular”.
“Nampaknya satu persatu institusi Islam mula diusik dan dirobek oleh kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi DAP kini,” dakwa bekas timbalan menteri dalam Facebook hari ini.
Ketua Pemuda Umno berkata Yadim perlu melangkaui politik demi menyebar kefahaman Islam dan dakwah sejak penubuhan yayasan tersebut pada 1974.
Sementara
itu, Datuk Seri Mujahid Yusof berkata tiada sebab pelantikan tersebut
jadi kontroversi berikutan Sheikh Omar memiliki kelayakan dan berlatar
belakang agama.
“Tidak ada persepsi (negatif), dia seorang muslim, ada merit dan dia juga ada sumbangan idea yang baik sebelum ini,” kata menteri agama seperti dilapor Malaysiakini.
Adun Paloh dilantik menganggotai lembaga pengarah yayasan berkenaan untuk dua tahun. Watikah pelantikan bakal disampaikan oleh Mujahid di Putrajaya esok.
Berkelulusan ijazah Usuluddin dalam bidang dakwah dari Universiti Malaya, Sheikh Omar adalah exco pembangunan usahawan, koperasi, penerangan dan ekonomi kreatif Johor.
Bekas presiden Yadim menyifatkan pelantikan Sheikh Omar Ali tidak wajar kerana parti itu “tidak mengiktiraf Islam” dan konsisten “mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular”.
“Nampaknya satu persatu institusi Islam mula diusik dan dirobek oleh kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi DAP kini,” dakwa bekas timbalan menteri dalam Facebook hari ini.
Ketua Pemuda Umno berkata Yadim perlu melangkaui politik demi menyebar kefahaman Islam dan dakwah sejak penubuhan yayasan tersebut pada 1974.
“Tidak ada persepsi (negatif), dia seorang muslim, ada merit dan dia juga ada sumbangan idea yang baik sebelum ini,” kata menteri agama seperti dilapor Malaysiakini.
Adun Paloh dilantik menganggotai lembaga pengarah yayasan berkenaan untuk dua tahun. Watikah pelantikan bakal disampaikan oleh Mujahid di Putrajaya esok.
Berkelulusan ijazah Usuluddin dalam bidang dakwah dari Universiti Malaya, Sheikh Omar adalah exco pembangunan usahawan, koperasi, penerangan dan ekonomi kreatif Johor.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.