https://critoxium.com/shop/

Terkini

Lakum Dinukum Wa Li Ya Din - Bagi Kamu Agama Kamu, Bagi Aku Agama Aku

Oleh Ustaz Ridzwan Abu Bakar

1. Ayat yang terakhir dari surah al Kafirun ini dalam banyak keadaan dijadikan 'hujjah' untuk berenggang dengan orang bukan Islam hatta dalam persoalan mualamat. 

2. Ayat ini seharusnya difahami secara harmoni, ia menjadi 'tatacara' dalam berhubungan sesama manusia yang berbeza agama.

3. Apa itu agama (ad din)?. Al Imam al Jurjani mentakrifkan ad Din sebagai :
وضع الهي يرشد اصحاب العقول الى ما هو عند الرسول

"Ketetapan Tuhan yang menunjuk arah kepada mereka yang sempurna akal kepada ajaran yang dibawa oleh ar Rasul".

4. Dari takrifan al Jurjani di atas, kita dapat simpulkan kata kunci tentang agama itu ialah; *ketetapan Allah* (yakni apa yang telah ditentukan oleh Allah untuk kehidupan beribadah di kalangan hambaNya), *mereka yang sempura akal* (yakni penganut agama ini menerima ajaran agama dengan rela hati setelah melalui proses penerangan tentang agama ini mengikut tahapan masing-masing), *ajaran itu diturun kepada ar Rasul dan dibawa olehnya* (yakni untuk memahami agama yang tepat, termasuklah dalam aspek muamalahnya dengan golongan lintas agama hendaklah diambil dari pedoman ar Rasul).

5. Lalu, benarkah tindakan sebahagian dari ummat menjadi ayat ini sebagai pengisytiran permusuhan dengan orang kafir. Sedangkan ayat ini seharusnya dibaca dengan harmoni sebagai 'tatacara' dalam kita berkongsi bumi yang telah ditakdirkan untuk kita.

6. Ayat ini seharusnya difahami dengan harmoni , "kami beramal dengan ajaran AGAMA kami dan kamu beramal dengan ajaran AGAMA kamu, lalu kita berkongsi hidup dan nilai bersama yang merupakan fitrah manusia".

7. Benar, al Quran adalah pedoman hidup, namun ia juga boleh menjadi fitnah apabila dijulingkan pemahamannya.

Selamat berkongsi alam, jangan berkongsi 'agama'.

Unit Penerangan / Media
Pejabat Exco Hal Ehwal Islam
Negeri Kedah.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.