Malu apa bossku - Najib
KUALA LUMPUR 15
Jan. - 'Malu Apa Bossku' tulis sebuah poster terpampang gambar bekas
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menaiki sebuah motosikal.
Perkataan 'bossku' ketika ini menjadi bahasa slanga dalam kalangan generasi muda terutama mereka yang menunggang motosikal.
Pada 11 Januari lalu dalam satu hantaran, Najib juga bertanya kepada pelayar di Facebook antara motosikal jenis Ysuku dan NVX mana satu menjadi pilihan.
"Antara Ysuku dan NVX mana pilihan kalian? Ride santai," tulis Najib.
Sebelum itu dalam satu hantaran Najib yang berkongsi gambar membonceng motosikal turut bertanya, "Kaunter claim duit minyak Pakatan Harapan kat mana?"-UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.