Perubahan kerajaan PH lambat - Bridget Welsh
Oleh Mohd Sayuti Omar
MENURUT pendapat Profesor Madya dan pengkaji politik negara Asia yang tidak asing, Bridget Welsh pergerakan politik Malaysia ke arah perubahan (reform) berjalan perlahan dan sesetengah terbantut walaupun sudah lapan bulan berlalu.
Lantaran itu menyebabkan kalangan rakyat kecewa, khasnya mereka mengharapkan kerajaan PH dapat memenuhi kehendak perubahan sosial, politik serta perubahan dalam sistem pentadbiran yang diharapkan.
Walaupun beliau tidak menghurai mendalam kelembaban itu, tetapi dapat difahami antaranya ialah kerana berlaku persaingan di antara Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim.
Persaingan kuasa ini pula disebabkan kerenah penyokong kedua-dua pihak. Sedikit sebanyak kelambatan khususnya mengisi agenda reformasi kerana situasi ini.
Kita tahu semacam ada ketidaksamaan apa yang diingini Anwar dalam agenda reformasi dengan yang cuba dibina lakukan Dr Mahathir. Walaupun Dr Mahathir memperakui dambaan reformasi tetapi perlu diingati agenda itu bukan perjuangan asasnya. Justeru sudah tentu pemenuhan olehnya tidak bersifat menyeluruh.
Justeru kata Welsh untuk melihat perjalanan politik khasnya reformasi berjalan lancar mencapai matlamatnya, disarankan agar kemelut itu diselesai segera - perebutan kuasa di antara dua penyokong pemimpin berkenaan diselesaikan.
Dalam konteks ini apa yang kita nampak ialah Dr Mahathir harus menyerahkan segera jawatan PM kepada Anwar Ibrahim barulah apa diungkitkan Welsh itu dapat diatasi. Welsh dipetik ketika bercakap dalam satu forum di Kuala Lumpur.
Saya setuju amat dengan pendapat itu sekiranya alasan diberikan Welsh itu benar. Namun yang beliau perlu fahami juga ada hambatan lain kenapa kelambatan kerajaan PH dalam memenuhi kehendak rakyat itu.
Hambatan terbesar ialah kerana terlalu berat beban terpikul oleh kerajaan hari ini angkara kedurjanaan yang ditinggalkan oleh pemerintah lalu. Untuk tahun pertama kerajaan lebih bertindak membongkar segala penyelewengan yang berlaku sebelum menyusunnya semula mengikut kehendak dan tuntutan rakyat.
Keadaan kerajaan dan negara sebaik selepas pilihan raya umum 9 Mei sepertilah rumah puaka berhantu yang ditinggalkan pemilik dahulu, di mana Dr Mahatthir dan kepimpinannya terpaksa merombak sebahagian besar rumah berkenaan dan membina kembali. Segala perkakas dan hiasan dalam rumah itu juga perlu disusun semula.
Hari ini pun masih ada takai dan azimat yang tersimpan di rumah itu masih terhidu kesannya dan ia menjadi phobia kepada orang ramai.
Kerja itu mengambil masa dan bukan mudah walaupun Dr Mahathir sudah ada pengalaman membina negara selama 22 tahun. Perlu diingatkan walaupun Dr Mahathir ada sebaris tukang bersama untuk membinanya, mereka adalah tukang baharu yang tidak berpengalaman dan setengah perlu diajar dari "a" hingga "z".
Sementara peralihan kuasa daripada Dr Mahathir kepada Anwar pula tidak mudah dilakukan apabila ada pihak mengambil kesempatan daripada kedua tokoh itu. Ertinya kelambatan dan keterbantutan menyusun negara itu adalah disebabkan kerenah pemimpin dalam PH juga. Ia menjadi mudah kalau semua pihak rela berkorban dan menjunjung aspirasi rakyat.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.