PRK Semenyih: UMNO, Pas Selangor adakan gerak kerja bersama
KUALA LUMPUR: UMNO dan Pas Selangor akan mengadakan
gerak kerja bersama pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri
(DUN) Semenyih nanti, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob.
"UMNO amat berterima kasih kepada Pas kerana bukan sahaja memberi laluan tetapi komited dalam membantu kemenangan Barisan Nasional (BN).
"Keputusan Pas memberi laluan jelas menunjukkan semangat kesetiakawanan serta keikhlasan parti itu bekerjasama bagi mempertahankan Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Selain itu, Ismail berkata Jawatankuasa Pengurusan UMNO Selangor juga
telah bersetuju mencadangkan lima atau enam nama calon bagi PRK itu
untuk dipertimbangkan pengurusan UMNO pusat.
PRK DUN Semenyih akan diadakan pada 2 Mac dan penamaan calon ditetapkan pada 16 Feb, manakala hari mengundi awal pada 26 Feb.
PRK berkenaan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Allahyarham Bakhtiar, mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memperoleh 23,428 undi menewaskan tiga calon lain, Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S. Arutchelvan (PSM) dengan majoriti 8,964 undi.
"UMNO amat berterima kasih kepada Pas kerana bukan sahaja memberi laluan tetapi komited dalam membantu kemenangan Barisan Nasional (BN).
"Keputusan Pas memberi laluan jelas menunjukkan semangat kesetiakawanan serta keikhlasan parti itu bekerjasama bagi mempertahankan Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
PRK DUN Semenyih akan diadakan pada 2 Mac dan penamaan calon ditetapkan pada 16 Feb, manakala hari mengundi awal pada 26 Feb.
PRK berkenaan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Allahyarham Bakhtiar, mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memperoleh 23,428 undi menewaskan tiga calon lain, Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S. Arutchelvan (PSM) dengan majoriti 8,964 undi.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.