Rakyat hukum Pakatan Harapan
Oleh
Dalam PRK tersebut, calon BN, Ramli Mohd. Nor
menang dengan majoriti lebih besar iaitu 3,238 berbanding calon parti
itu dalam PRU-14, Datuk C. Sivarraajh yang meraih majoriti 597 undi.
Tewasnya
PH di Cameron Highlands dilihat sebagai kuasa rakyat yang telah
menjatuhkan hukuman terhadap kerajaan hari ini, lantaran gagal mentadbir
negara dengan baik seperti yang diharap-harapkan.
PRK
ini adalah satu referandum kecil yang bermaksud apa sahaja PH sajikan
pada rakyat yang tidak dilunaskan, maka akibatnya PH dihukum dan
‘dibenamkan’.
Pelbagai faktor dikaitkan
dengan kemenangan BN dan kekalahan PH sebagai parti pemerintah. Perkara
yang paling utama dikaitkan kegagalan PH disebabkan sikapnya yang
memungkiri janji-janji untuk membela nasib rakyat.
Ini
kerana rakyat semakin merasai bebanan dengan pelbagai perkara seperti
kos sara hidup yang semakin meningkat, harga minyak yang tidak
memperlihatkan penurunan ketara, isu bayaran kepada peneroka Felda dan
pelbagai perkara lain.
Orang Melayu juga
sudah semakin hilang sabar dan tercabar melihatkan gelagat pemimpin PH
yang menyentuh soal agama dan kaum secara terang-terangan.
Kebencian
terhadap pemimpin PH sudah tidak dapat dibendung sehingga ia dinyatakan
secara terbuka dalam beberapa insiden di sepanjang tempoh berkempen
dalam PRK Parlimen Cameron Highlands.
Umpamanya,
seorang wanita warga emas meminta ‘surat lawyer’ daripada M. Manogaran
ketika calon PH itu berkempen. Ia sebagai jaminan PH akan menunaikan
janji untuk membawa pembangunan.
Ini
jelas membuktikan rakyat sudah tidak percaya dengan apa yang dijanjikan
oleh PH. Apatah lagi di DUN Jelai terdiri daripada peneroka Felda yang
kini tidak lagi menikmati bayaran bulanan seperti mana yang diberikan
oleh kerajaan BN sebelum ini.
Malah,
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dicemuh dan dihalau oleh orang ramai ketika
berkempen dalam dua insiden berasingan di sepanjang kempen.
Kejadian
itu bukanlah bersifat rasis tetapi ia adalah manifestasi betapa rakyat
sudah tidak sanggup lagi dibohongi dengan janji-janji baharu PH
sedangkan janji-janji semasa PRU-14 belum ditunaikan.
Bagi
penyokong Pas pula, sokongan mereka terhadap BN pula berlandaskan
kepada faktor kerajaan yang ada pada hari ini bukanlah dipimpin oleh
Islam tetapi orang Islam dipergunakan dan ia perlu ditumbangkan.
Dalam
membicarakan PRK Parlimen Cameron Highlands, kita tidak dapat lari
daripada memperkatakan tentang sumbangan bekas Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak yang turut membantu kempen BN. Beliau yang trending
di media sosial dengan panggilan Bossku, banyak menarik golongan muda
sehinggakan dua kali beliau ‘mendaki’ Cameron Highlands atas permintaan
rakyat.
Ternyata aura Pengerusi PH yang
juga Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut berkempen
gagal mengatasi populariti Najib.
‘UMNO, BN kenanglah pengorbanan Pas’
KETIKA
melayari Facebook untuk melihat reaksi warganet selepas BN memenangi
PRK Parlimen Cameron Highlands, penulis terjumpa satu rakaman video yang
menarik perhatian.
Dalam rakaman video
tersebut, terdapat tiga lelaki yang mendakwa merupakan penyokong tegar
Pas di Sungai Koyan dalam DUN Jelai berkongsi pengalaman mereka pertama
kali menyokong BN dalam PRK berkenaan.
Bagi
mereka, Sabtu lepas adalah hari yang cukup bersejarah apabila mentaati
arahan pucuk pimpinan parti agar memberi sokongan penuh kepada BN dan
mereka cukup terharu dengan apa yang berlaku.
Mereka
ternyata hiba apabila buat pertama kali dalam hidup membantu BN demi
kemenangan Islam. Tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka untuk
menyokong BN. Tetapi demi Islam, mereka sanggup berkorban. Malah ada
yang sebak sehingga hendak keluar rumah ke pusat mengundi menitiskan air
mata kerana ini adalah pengorbanan yang sangat besar.
Mereka
tertanya-tanya adakah tindakan mereka betul menyokong BN. Namun mereka
melakukannya demi kemenangan Islam. Bukan kerana sesiapa.
Tidak dinafikan, kemenangan Ramli kelmarin adalah atas sokongan Pas.
Apa
yang berlaku 26 Januari itu adalah satu keajaiban, satu benda luar
biasa. Kalau kita fikir, tak mungkin berlaku tapi disebabkan Islam dan
taat kepada pemimpin, mereka akur membantu BN.
Kalau
nak diikutkan hati, mereka berkata sebenarnya tak rela untuk menyokong
BN. Tetapi mereka faham dasar Pas. Faham apa yang hendak dilakukan oleh
pucuk pimpinan parti.
“Bayangkan 60
tahun dah lawan UMNO ni, berkarat dah dalam hati ni, tapi kami boleh
melaksanakannya. Jadi orang-orang UMNO ingat apa yang kami lakukan hari
ini, pengorbanan kami ini,” kata seorang penyokong Pas.
Sewajarnya
pengorbanan Pas perlu dikenang dan dihargai. Penyokong Pas meminta
kepada BN. Jika mereka boleh melakukan perubahan dengan sanggup membantu
BN, maka BN pun perlu buat benda yang sama supaya kedua-dua parti
bersama-sama boleh menyatukan Islam.
Jelmakan semangat kerjasama Pas-UMNO dalam PRK Semenyih yang akan diadakan tidak lama lagi.
Bukan
mudah untuk Pas menyokong BN malah kata seorang penyokong Pas, ‘kalau
diikutkan hati, banyak yang terluka’ tapi demi Islam, ahli dan penyokong
Pas melakukan juga. Mereka tidak pernah bermimpi perkara ini berlaku.
Dedah seorang ahli Pas, mereka bertungkus-lumus membantu kempen BN dalam
PRK Cameron Highlands selama sebulan di DUN Jelai dan tabah walaupun
dicaci demi mentaati arahan pucuk pimpinan parti.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.