https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tidak salah PH beri sukarelawan wang, kata Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 13 Jan — Pemberian wang oleh Pakatan Harapan (PH) tidak dikategorikan sebagai membeli undi, kata Bersih 2.0.

Pengerusinya berkata wang berkenaan tidak menyalahi peraturan pilihan raya selagi ia dikira sebagai bajet kempen yang tidak melebihi RM200,000.

“Mereka bayar balik wang petrol kepada sukarelawan. Itu bukan kesalahan selagi mereka meletakkannya dalam perbelanjaan.

“Saya kira dengan penjelasan ini kita boleh tumpu pada isu lain. Sukarelawan perlu wang petrol, makan dan penginapan.

“Semua ini perlu direkodkan dalam perbelanjaan calon dalam bajet RM200,000 mereka,” kata Thomas Fann.

Beberapa keping gambar menunjukkan beberapa individu memakai baju dengan logo PH didakwa mengagihkan wang kepada penduduk Cameron Highlands yang kini dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) mula tular di sosial media sejak pagi tadi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.