https://critoxium.com/shop/

Terkini

Taujihad Pesuruhjaya :Nahnu Du'at La Qudhat

Oleh DR. Ahmad Fakhruddin bin Sheikh Fakhrurazi.

1. Slogan _Nahnu Du'at La Qudhat_ , 'Kita adalah para daie, tidak hakim' hendaklah difahami oleh setiap para amilin dengan mendalam. Setiap ahli PAS hendaklah faham bahawa mereka adalah pendakwah, bukan penghukum.

2. Berbicaralah dengan bahasa yang mudah dan bersikaplah dengan akhlak mulia kerana inilah pendekatan yang terbaik penuh berseni menarik rakyat kepada Islam.

3. Jangan sesekali menghukum pihak yang tidak sependapat dengan pandangan parti tetapi tegas menyatakan pendirian serta istiqamah berpegang aqidah perjuangan.

4. Amalkan budaya politik matang sejahtera apabila bersiyasah. Saling membantu dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan. Elakkan bertolongan-tolongan dalam perkara kemungkaran dan permusuhan. Menasihati di atas asas kebenaran.

5. Ingatlah bahawa PAS berhadapan dengan ummah dakwah, ummah ijabah dan ummah ittiba'. Berlaku adil dan seni ketika berdakwah. Sedarlah bahawa ' Kita adalah para pendakwah, tidak hakim'.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.