https://critoxium.com/shop/

Terkini

Gerakan Islam Terima Bantuan Dana Pihak Luar


Oleh Alang Ibn Shukrimun

 Apa Kata Hasan Al Banna Dan Said Hawa

Murabbi gerakan Islam tersohor yang juga murid kepada Imam Hasan Al-Banna, Syeikh Said Hawa telah mengupas mengenai bantuan dana daripada luar, dalam menghurai tajuk pengurusan kewangan jemaah Islam:

~ Ustaz Hasan AlBanna berpesan kepada kita agar tidak menerima kecuali daripada anggota atau oencinta sahaja. Kita tidak akan bergantung dengan kerajaan pada mana-mana hal pun. Sikap mengharapkan bantuan dari golongan lain ini hendaklah jangan ada langsung di dalam tarbiyyah kamu dan dalam program kamu dan jangan sekali-kali kamu melihat ke arahnya dan jangan berusaha untuknya. Pohon sahajalah dari Allah limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Namun demikian kita mestilah dapat membezakan antara tabung jama‘ah dan rancangan-rancangan Islam yang umum. Apa yang kita perkatakan di sini hanya diturnpukan kepada tabung jama‘ah yang khusus.

Adalah tidak syak lagi bahawa wang mempunyai peranan yang besar. Namun demikian perlu diperbetulkan pandangan yang melihat setiap urusan itu bergantung kepada wang kerana pandangan seperti ini adalah satu kesalahan yang besar. Untuk itu, maka Ustadh Hasan Al-Banna cuba membetulkan persoalan ini dengan katanya:

“Adapun jalan untuk mencapai ini, iaitu usaha mengembalikan (tajdid) penghidupan ummah ini, tidak semestinya dengan wang. Sejarah sehingga kini telah mengajar kita di mana usaha da‘wah ini tidak bermula dengan wang dan tidak terbangun dengannya dalam mana-mana hal.”

Tetapi Ustadh Hasan Al-Banha menegaskan keperluan wang di dalam satu marhalah tertentu dari marhalah-marhalah da‘wah, sebagai membetulkan kesalahan golongan yang memandang wang itu tidak berperanan di dalam marhalah da‘Wah. Ustadh Hasan Al-Banna mengatakan:

“Da‘wah ini memerlukan kepada wang di dalam beberapa marhalahnya tetapi ianya bukan tunggak dan paksinya. Tokoh-tokoh da‘wah dan penyokong-penyokongnya sentiasa terdiri dari mereka yang kekurangan wang. Tanyalah sejarah, ia akan menjelaskan untukmu.”

Akhir sekali hendaklah kita memandang kepada persoalan wang ini dengan suatu pengarnatan yang teliti. Pengendalian Wang ini mestilah seterusnya ditegakkan di atas ke‘adilan dan ketelitian mengikut batasan-batasan syari‘at. Kalau tidak, persoalan wang ini akan membabitkan dan menimbulkan masalah yang banyak. ~

Beliau sekali lagi menegaskan mengenai perkara yang sama di dalam tajuk penilaian terhadap marhalah yang telah dilalui oleh umat Islam:

~ Sehingga hari ini tidak dapat ditunjukkan bahawa gerakan Ikhwan Mushmin telah menerima sebarang pertolongan luar sama ada danpada sebuah negara atau pemerintahan dan tidak ada siapapun boleh membuktikannya. Inilah wasiat Al-Ustadh Hasan Al-Banna: “Pendokong fikrah ini hendaknya jangan sekali-kali meletakkan ini (pertolongan dari Iuar) didalam sistem perjalanan mereka atau malah jangan berfikir mengenainya.”

Kita menyebutkan ini kerana godaan bantuan ini terlalu kuat dan ianya merupakan pembunuh yang paling merbahaya. Untuk itu maka perlulah diperingatkan; sebenarnya dengan menerirna bantuan daripada luar boleh membawa dan menjadikan pihak pencrima tadi sebagai tawanan kepada pihak yang memberi, kerana gerakan itu bila mana kerjanya bertambah luas dengan bergantungkan kepada pertolongan dari luar tadi membawakannya terpaksa tunduk kepada pihak yang memberi tadi sebagai cukai kepada penerimaan bantuan atau lebih parah lagi terpaksa menjual dirinya/prinsipnya kepada pihak lain. Kesemuanya ini merugikan prinsip perjuangan.

Sebenarnya selain daripada itu ada pihak-pihak tertentu ménghulurkan bantuan dengan tujuan hendak menyusup mematai organisasi atau untuk mencapai tujuan-tujuan yang lain. Kesemuanya ini membawakan saudara terdedah di hadapan mata dunia dan di hadapan jentera musuh dunia. Dengan ini saudara terugut dengan satu skandal atau terdedah kepada pembenterasan yang total. Dengan ini, maka gerakan Ikhwan tidak dapat berkongsi dengan mana-mana sistem di dalarn strateginya.

Maka penerimaan sumbangan luar itu adalah suatu kesalahan yang besar untuk masa depannya meskipun kalaulah terdapat strategi sebuah negara menepati dengan gerakan kita di dalam sebuah negeri dan bantuannya pula boleh mempercepatkan kemajuan, maka sebenarnya bantuan yang seumpama ini menyeret gerakan Ikhwan ke belakang di suatu hari kelak. ~
Said Hawa, Memahami Prinsip-prinsip Amal Islami (دروس في العمل الإسلامي)

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.