Hubungan dengan Umno tidak jejaskan isu hudud, kata ulama PAS
KUALA LUMPUR, 10 Feb — Keputusan Umno tidak memasukkan isu hudud
dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak akan
menyebabkan hubungan dengan PAS terjejas, kata ketua dewan ulama.
Datuk Mahfodz Mohamed berkata hubungan itu akan diteruskan selepas kejayaan pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands.
“Apa yang penting sekarang adalah kerjasama antara Umno dan PAS untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan,” katanya kepada Malay Mail hari ini.
“Umno dan PAS perlu utamakan dan fokus kepada persamaan kita daripada terus bertelagah tentang perbezaan.”
Pemangku
presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan minggu lalu berkata janji untuk
memasukkan hudud dalam manifesto seakan menipu rakyat.
Datuk Mahfodz Mohamed berkata hubungan itu akan diteruskan selepas kejayaan pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands.
“Apa yang penting sekarang adalah kerjasama antara Umno dan PAS untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan,” katanya kepada Malay Mail hari ini.
“Umno dan PAS perlu utamakan dan fokus kepada persamaan kita daripada terus bertelagah tentang perbezaan.”





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.