KUALA LUMPUR: Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar hari ini
mendakwa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini menghantar
tentera Malaysia bagi membantu peperangan di Yaman disebabkan wujudnya
‘hubungan kewangan’ dengan kerajaan Arab Saudi.
Beliau berkata demikian susulan kritikan terhadap keputusan kerajaan
terdahulu menyertai pakatan tentera yang dipimpin oleh Arab Saudi pada
2015, dengan berkata ia tidak bersifat ketenteraan.
Bercakap pada forum “Stand with Yemen” di sini, Chandra berkata,
tindakan tersebut adalah sesuatu yang aneh kerana keputusan mengenainya
tidak terlebih dahulu mendapat persetujuan di Parlimen.
“Saya ingin ingatkan, tiada lagi keraguan bahawa dari awal lagi niat
untuk menempatkan pasukan (Malaysia) bukanlah untuk memindahkan pelajar
Malaysia,” kata Chandra.
Beliau merujuk kepada kenyataan kerajaan sebelum ini bahawa anggota
tentera Malaysia dihantar ke sana untuk melindungi dan menjalankan
pemindahan pelajar semasa Ops Yemen I pada April 2015.
Menurut bekas menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein, anggota tentera yang dikerahkan untuk Ops Yemen II, iatu
operasi kedua dari Jun 2015 hingga September 2018, juga tidak aktif atau
dikerahkan untuk bertempur.
Bagaimanapun, Chandra tidak bersetuju dengan kenyataan itu.
“Kerajaan Malaysia jelas memihak kepada Arab Saudi. Kita telah
membina hubungan ‘istimewa’ dengan Arab Saudi di bawah kerajaan
terdahulu yang dihubungkan melalui ‘saluran wang’.
“Oleh itu wang tunai adalah ‘raja’. Ia bukan hanya bekerja di
Malaysia, tetapi juga melalui hubungan 2 hala dan antarabangsa,” katanya
dengan menambah bahawa situasi itu adalah “hubungan kewangan” yang
jelas, yang melibatkan “pinjaman” dan “hutang”.
Jelasnya lagi, perkara itu mungkin dijadikan rujukan dalam laporan
mengenai dana Saudi yang disalurkan ke akaun bekas perdana menteri,
Datuk Seri Najib Razak erta peranan Arab Saudi dalam skandal kewangan
1MDB.
Chandra berkata, insiden tersebut merupakan satu penyimpangan dalam dasar luar Malaysia.
“Kita tidak pernah menghantar tentera untuk menyokong negara lain,
tetapi mereka (BN) kalah kerana pembangkang (ketika itu) tidak
menimbulkan persoalan. Sebahagian mereka kini menjadi kerajaan hari
ini,” katanya.
Chandra berucap pada forum sempena simposium dan pameran foto Yaman
yang diadakan di Institut Tamadun Islam dan Dunia Melayu (Istac) di
Taman Duta, Kuala Lumpur. Abdul Rahman Al Maamari
Hadir sama aktivis Yaman, Abdul Rahman Al Maamari, pakar keganasan
James M Dorsey dari Universiti Teknologi Nanyang Singapura dan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
Sejak tahun 2015, Arab Saudi menyokong tentera kerajaan Yaman dalam
menghadapi pemberontak Houthi, yang kebanyakannya bermazhab Syiah.
Tentera Malaysia dikerahkan ke Yaman pada 2015, tetapi dipanggil
balik selepas kerajaan baru mengambil alih Putrajaya dan memberitahu
Riyadh bahawa Malaysia tidak lagi terlibat dalam perang tersebut.
Pengkritik memberi amaran bahawa Malaysia boleh dipertanggungjawabkan
ke atas angka kematian besar disebabkan pengeboman Yaman oleh pakatan
tentera yang dipimpin oleh Saudi itu.
Terdahulu Chandra berkata, wujud dakwaan berhubung kurangnya respons
masyarakat bukan Islam di Malaysia terhadap krisis di Yaman kerana
mereka secara umum menganggap isu tersebut hanya memberi kesan kepada
umat Islam.
“Ini jelas kepada kebanyakan kita kerana cara rakyat Malaysia
bertindak balas terhadap krisis atau tragedi adalah berdasarkan lokasi
dan diwarnai oleh (latar belakang) etnik atau agama.
“Tidak banyak empati kecuali daripada sesetengah kumpulan dan individu.”
‘Hubungan kewangan’ sebab kerajaan BN hantar tentera ke Yaman
Reviewed by editorreformis
on
Februari 23, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh N Faizal Ghazali Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan bahawa tiada sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap Dr Nur...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.