Media kini bebas, Siapa Pun Boleh Mengkritik
KUALA LUMPUR, ― Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH)
telah menghentikan tradisi ‘wahyu’ atau arahan khas kepada media seperti
yang diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini, kata Penasihat Media dan
Komunikasi Perdana Menteri Datuk A. Kadir Jasin.
“Kami mahu menjadikan media Malaysia berbeza daripada keadaannya sebelum ini selama beberapa dekad di bawah kerajaan lama,” katanya ketika ditemui pada sesi dialog bersama pihak media di sini hari ini.
“Selepas PH berkuasa dan tiada lagi ‘wahyu’ daripada kerajaan baharu, ramai editor dan wartawan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ada antara mereka bertanya kepada saya apakah hala tuju sekarang.
“Jawapan saya mudah, saya cuma minta mereka lakukan apa sahaja yang mereka mahu dengan akhbar mereka kerana kini tidak ada sesiapa lagi yang mengawal mereka,” katanya.
Kadir turut mendakwa masih terdapat akhbar yang dimiliki oleh BN tetapi bukan oleh PH.
Sementara itu, ditanya mengenai gesaan supaya Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, Kadir berkata ia adalah satu proses perjalanan demokrasi yang diamalkan di negara ini.
“Zaman BN dulu, kalau ada seorang anggota Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), katakan mewakili MCA, MIC mengkritik bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, sudah pasti beliau dipecat daripada partinya.
“Hakikat bahawa seorang pemimpin DAP boleh mengkritik dan menggesa perdana menteri meletakkan jawatan, itu menunjukkan kita demokratik.
“Adakah kita terus bergaduh? Adakah kita suruh pecat yang membuat kritikan atau gesaan itu? Tidak bukan?” katanya.
Isnin lepas, Anggota Jawatankuasa DAP Negeri Johor, Dr. Boo Cheng Hau mendesak Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), meletakkan jawatan kerana kegagalan PH melunaskan manifesto pilihan rayanya. ― Bernama

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.