Jangan berbelit belit lah.!
Oleh Hanipa Maidin
1. Saya mulanya dah malas nak ulas dan komen keputusan Presiden parti ehem menarik balik saman kes fitnah beliau ke atas Sarawak Report ( SR ) di mahkamah di London tu.
2. Entah macam mana tiba-tiba saya terbaca satu kenyataan dalam media seorang pemimpin kanan parti ehem dilapor berkata SR tidak ada bukti mengenai dakwaan BN bayar parti ehem sebanyak RM 90 juta.
3. Maaf, saya tak boleh diam melihat kenyataan seperti itu yang bagi saya , maaflah jika saya kata, macam nak perbodohkan orang ramai. Mungkin kenyataan seperti itu mudah laku dibeli oleh pentaksub dan pen" wala'. Tapi bagi yang berfikir , sori mori lah nak terima begitu sahaja.
4. Maaf, senang sangat nak jawab kenyataan itu. Bila bercakap soal bukti dalam saman ini , bukti kena dikemukakan di mahkamah melalui perbicaraan. Nak kemuka bukti macam mana ?..Depa saman lepas tu depa juga yang tarik balik saman. Macam mana nak bicara? Bila tak bicara, macam mana nak kemuka bukti, wahai YB?
5. Itu satu. Satu lagi dalam konteks mahkamah, bukti ini boleh diperolehi atau di"adduce" dengan pelbagai kaedah. Ada dipanggil melalui keterangan dokumentari ( documentary evidence ) , ada melalui keterangan lisan ( oral evidence ) atau ada juga melaui pengakuan saksi atau pengakuan litigant. ( admission ). Semua cara itu cara yang sah dan diiktiraf oleh mana-mana mahkamah di seantereo dunia.
6. YB sudah lupa ke dalam kes saman tu SR ada dikemukakan keterangan "audio rakaman " seorang pemimpin parti ehem yang mengakui ada terima wang dari ...
Yang bestnya peguam Presiden parti YB tak bantah pula "keterangan audio" itu untuk dikemukakan dalam perbicaraan. Patutnya jika kita kata SR memfitnah, janganlah kita setuju terima masuk audio itu. Itu dipanggil "suicidal" ( bunuh diri )
7. Bila ada "audio rakaman" pengakuan terima duit tu.. maknanya individu dalam suara itu akan dipanggil jadi saksi, YB. Bila jadi saksi , saksi akan disoal oleh peguam atau di London di panggil QC. Tapi itu semua malangnya tak berlaku sebab pihak yang saman tarik balik saman.
So tak ada bukti atau tak ada berani YB?
8. Dengan hormat saya nak kata begini. Bila sudah tarik balik saman tu, be gentleman lah. Akui sahaja lah pihak yang saman tak berapa "confident" untuk pergi bicara jauh sekali untuk menang. Janganlah berbelit belit. Paling kurang tutup mulut. Ini tidak, dah lah tak mahu teruskan saman, lepas tu masih nak " meraung" lagi.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.