Kerajaan Johor kaji wajibkan suntikan vaksin
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor akan mengkaji untuk
mewajibkan ibu bapa memberi suntikan vaksin imunisasi kepada anak-anak
mereka sekali gus mengelakkan sebarang risiko berikutan tidak memberikan
suntikan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata hal ini berikutan penyakit dan kes yang jarang ditemui seperti difteria yang kini sudah mula dikesan di negeri ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga bersetuju dan menyokong cadangan Kementerian Kesihatan untuk mewajibkan suntikan vaksin imunisasi.
"Jika Kerajaan Persekutuan ingin mewajibkan vaksinasi atau memberi hukuman dan denda kepada mereka yang mengelak untuk diberi vaksinasi, saya sangat setuju.
"Maknanya, kita beri penekanan wajib kepada semua untuk diberi suntikan
itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kanser
Sedunia peringkat Johor, di sini, pada Ahad.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pada Sabtu, yang akan membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.
Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan mendapat 'desakan' kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbang mewajibkan imunisasi vaksin berikutan keengganan ibu bapa mengambil suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian.
Khamis lepas (21 Feb), seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun sebulan maut, di sini, disyaki akibat jangkitan difteria di mana kanak-kanak berkenaan tidak pernah menerima sebarang suntikan imunisasi sejak dilahirkan.
Dalam pada itu, Sahruddin berkata sebanyak 90 peratus kanak-kanak di negeri ini menerima suntikan vaksin imunisasi yang disarankan Kementerian Kesihatan.
"Kebanyakan ibu bapa salah anggap tentang kepentingan vaksin dan kebanyakan penyakit yang boleh menyebabkan kematian jika tidak diberi vaksin adalah penyakit pertusis, difteria dan campak," katanya.
Justeru itu, beliau berkata ibu bapa disarankan supaya peka mengenai pelbagai maklumat yang diberikan oleh golongan profesional seperti doktor bertauliah berbanding mendengar sebarang maklumat daripada golongan anti vaksin bagi mengelak kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata hal ini berikutan penyakit dan kes yang jarang ditemui seperti difteria yang kini sudah mula dikesan di negeri ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga bersetuju dan menyokong cadangan Kementerian Kesihatan untuk mewajibkan suntikan vaksin imunisasi.
"Jika Kerajaan Persekutuan ingin mewajibkan vaksinasi atau memberi hukuman dan denda kepada mereka yang mengelak untuk diberi vaksinasi, saya sangat setuju.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pada Sabtu, yang akan membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.
Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan mendapat 'desakan' kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbang mewajibkan imunisasi vaksin berikutan keengganan ibu bapa mengambil suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian.
Khamis lepas (21 Feb), seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun sebulan maut, di sini, disyaki akibat jangkitan difteria di mana kanak-kanak berkenaan tidak pernah menerima sebarang suntikan imunisasi sejak dilahirkan.
Dalam pada itu, Sahruddin berkata sebanyak 90 peratus kanak-kanak di negeri ini menerima suntikan vaksin imunisasi yang disarankan Kementerian Kesihatan.
"Kebanyakan ibu bapa salah anggap tentang kepentingan vaksin dan kebanyakan penyakit yang boleh menyebabkan kematian jika tidak diberi vaksin adalah penyakit pertusis, difteria dan campak," katanya.
Justeru itu, beliau berkata ibu bapa disarankan supaya peka mengenai pelbagai maklumat yang diberikan oleh golongan profesional seperti doktor bertauliah berbanding mendengar sebarang maklumat daripada golongan anti vaksin bagi mengelak kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.