Kesan undi tidak percaya, siapa untung?
Oleh Roslan SMS
KEDUDUKAN Kerajaan Persekutuan hari ini adalah seperti berikut (daripada 222 bilangan kerusi Dewan Rakyat):
PH-134
PKR- 50
DAP- 42
PPBM- 22
PAN- 11
WARISAN- 9
PKR- 50
DAP- 42
PPBM- 22
PAN- 11
WARISAN- 9
Kiranya Tun dikenakan undi tidak percaya
dan disokong suara teramai ahli-ahli Dewan Rakyat, maka Tun terpaksa
melepaskan jawatannya.
Namun jika ahli partinya, PPBM menolak,
dan bertindak keluar PH maka kerajaan PH akan hilang 22 kerusi dan
dengan itu memerintah cuma dengan kelebihan 1 kerusi iaitu 112.
Bolehkah PH kekal bertahan?
Apa kata Tun pula bikin "move" dengan
bertindak keluar PH dan bergabung pula dengan parti-parti pembangkang
termasuk PAS dan Umno.
Warisan pula bertindak ikut Tun dan demikian juga Dato’ Seri Azmin Ali dan bloknya dari PKR.
Tidak mustahil yang di bangku kerajaan terpaksa beralih ke pembangkang dan yang di pembangkang naik menjadi kerajaan.
Inilah desas-desus yang hangat diperkatakan hari ini.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.