https://critoxium.com/shop/

Terkini

'Komplot undi tak percaya pada Dr M cerita laskar siber upahan'

Dakwaan terdapat gerakan untuk membawa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, hanyalah cerita yang dibangkitkan 'cybertrooper', kata Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Abdul Rashid Abdul Rahman.

Katanya beliau tidak mendengar sebarang komplot seperti itu, sebaliknya lebih ramai yang meminta supaya Dr Mahathir diberi masa lebih panjang sebagai perdana menteri sehingga semua tugasnya dapat diselesaikan.

"Banyak 'cybertrooper' upahan ni.. lebih banyak wang yang mereka dapat, lebih banyak putar belit mereka tampilkan.

"Bagi saya tidak dengar lagi (komplot), sebaliknya saya dengar semakin ramai yang suka Dr Mahathir," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) berkata demikian kepada media selepas sesi pertemuan dengan pemegang taruh bagi menambah baik sistem pilihan raya, di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau setuju Dr Mahathir terus kekal sebagai perdana menteri, Abdul Rashid berkata secara peribadi, beliau bersetuju Dr Mahathir perlu diberi peluang menyelesaikan tugasnya terlebih dahulu.

"Bagi saya, dia melaksanakan tugas dengan baik. Dia sedang melakukan apa saja yang termampu olehnya untuk membantu negara kembali normal,” katanya.
- Bernama

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.