Nik Abduh, isu RM90 juta bukan kitar semula
Nik Abduh juga perlu ingat di antara yang membuat pendedahan besar baru adalah ustaz Dr Mohd Atiullah Othman dan ustaz Muhammad Hanafi Sulaiman dari kumpulan ustaz Zaharuddin Muhammad dari PAS sendiri
Saya membaca komen Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
yang menyatakan isu wang RM90 juta yang di dakwa di terima PAS dari Umno
adalah isu kitar semula oleh PH.
Sesuatu
benda hanya boleh di kitar semula jika ianya telah melalui proses
lengkap tujuan asalnya. Isu RM90 juta ini belum lagi melalui proses
perundangan mahkamah seperti sepatutnya pada bulan April 2019 ini tetapi
telah di tarik balik oleh PAS dengan penuh misteri.
Isu ini menarik perhatian
seluruh dunia kerana ini merupakan kes antarabangsa melibatkan warga dua
negara yang ada juga pihak mengaitkannya mungkin melibatkan pihak yang
terjebak isu global kleptokrasi 1MDB.
Dulu kata nak teruskan saman
Ini bukan isu kes kitar semula kerana kes asal di halang dari di teruskan oleh PAS sendiri dan Dr Atiullah dan rakan rakan dari PAS sendiri telah membuat pendedahan sendiri kenyataan Nik Abduh.
Keuntungan sepenuhnya berpihak kepada SR dan Clare Rewcastle-Brown sahaja kerana:
- Mereka tidak perlu minta maaf
- Mereka tidak perlu tarek balek artikel tersebut yang masih berada di web-site SR.
- Rekod audio pengakuan PAS terima wang Umno oleh Nik Abduh dari SR tidak di cabar olih PAS membuatnya menjadi fakta yang sah . Ini ditambah pula dengan pengakuan beberapa ahli PAS yang di ketuai Ustaz Dr Satiullah dengan 40 orang saksi hidup yang mereka menjadi saksi kenyataan Nik Abduh yang dahulunya di nafikan oleh beliau.
- PAS pernah menyatakan jika kes ini tidak diteruskan ia akan menujukkan tuduhan tersebut adalah benar.
Bukan
hanya perkara tersebut di atas menguntungkan SR dari segi aspek moral.
Persoalan lain juga di timbulkan dalam penulisan Raja Perta Kamaruddin
(RPK), yang menyatakan SR tidak mungkin akan bersetuju menyelesaikan kes
ini di luar mahkamah tampa keuntungan pihaknya dan jika kos guaman yang
di jangka RM2 juta perlu di bayar oleh mereka kerana peluang mereka
menang adalah cerah sebab kes ini berjalan di mahkamah Britain .
Soalannya siapakah yang berkemungkinan sanggup menanggung kos guaman RM2 juta SR ?
Jika
ianya benar ada pihak membayar kos SR untuk memujuknya bersetuju
selesai di luar mahkamah, SR dan Clare adalah pihak yang paling
beruntung dalam segala aspek kes ini baik dari segi moral, perundangan
dan juga kewangan.Raja Petra memang di ketahui mempunyai hubungan lama dengan ramai pimpinan PAS dari dahulu dan mempunyai orang yang rapat dengan beliau berkhidmat dengan PAS Terengganu sekarang. Mungkin beliau mengetahui sesuatu dari sumber beliau siapakah yang mungkin telah menanggung bayaran kos guaman SR.
Sepenuh walak
Ianya bukan kenyataan bersifat pandangan
perundangan tetapi seolah olah meminta ahli PAS jangan menimbulkan apa
apa soalan lagi dalam isu ini.
Adakah ini konsep "PAS for all" - PAS untuk semua, oleh pimpinan PAS hari ini?
Di manakah sikap inklusif dan keterbukaan serta hormat untuk hak ahli ahli biasa PAS yang telah berkorban harta benda dan tenaga selama ini?
RAJA BAHRIN SHAH ialah anggota Dewan Negara, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pengerusi PH Terenganu
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.