Pantang Israel bersukan di sini
Oleh Subky Latif
GARA-gara perenang Israel dinafikan visa menyertai temasya paralimpik antarabangsa di sini, maka penganjur sukan dunia itu membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah temasya yang digilirkan diadakan di sini.
Atau Malaysia tidak akan diberi peluang selagi Israel tidak dibenarkan serta.
Perdana Menteri Mahathir dilihat tidak kecewa dan tidak menyesal pembatalan itu, bahkan tidak mengubah dasar kerajaan tidak rela ia disertai oleh pasukan Israel, justeru Israel pada pengamatannya adalah sebuah entiti keganasan.
Yang dia tidak senang ialah penganjur peringkat dunia tunduk kepada tekanan Israel dan pelobinya.
20 tahun dulu orang tidak terfikir PM Mahathir boleh bersikap setegas itu. Ia berubah 180 digri dibandingkan pendiriannya semasa jadi Perdana Menteri kali pertama dulu.
Dia jil sebulan Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Salahuddin Ayub atas sabitan unjuk rasa atas penyeludupan pasukan kriket Israel dalam temasya kriket yang diadakan di sini.
Tidak sekadar mahkamah menyapak kedua-duanya ke penjara atas kegiatan politik dan membela keadilan untuk Palestin, bahkan dia melepaskan komen betapa mereka tidak pintar dalam peranan mengharumkan Malaysia di mata dunia.
Iklan temasya kriket meluas tetapi penyertaan Israel itu disorokkan. Mereka sudah berada di sini dan sudah bermain. Tetapi pembangkang PAS telah membongkarnya.
Salahuddin dan Mahfuz pun, bersama pimpinan PAS yang lain berarak di luar kampus Universiti Malaya di Lembah Pantai membantah menyeludupkan pasukan Israel itu. Tiada apa yang dapat dibuat kerana pasukan yang dibantah itu sudah ada dalam negeri dan sudah pun bermain.
Biasalah kerajaan menghantar polis menyurai demonstrasi itu mengikut cara yang polis biasa terjemahkan. Polis Mahathir kejar pembantah hingga masuk masjid. Polis masuk berkasut ke Masjid al-Rahman. Bukan pembantah saja yang disasar, ahli iktikaf dan pegawai masjid pun dikira macam pembantah juga.
Ketika Nabi membebaskan Mekah orang yang berlindung di masjid dijamin selamat. Gara-gara Israel masuk negeri duduk di masjid pun terancam.
Maka kedua Mahfuz dan Salahuddin pun di penjara sebulan.
Kali kedua Mahathir jadi Perdana Menteri, dia tidak benci dan tidak dendam akan keduanya. Dijadikan menteri dan timbalan menteri. Kemudian datanglah perenang Israel hendak menyertai temasya renang di sini. Entah kerana ada Salahuddin dan Mahfuz ada di kabinet atau PM sendiri ada pandangan baru tenang Israel, maka juru renang tidak dibenarkan datang.
Mungkin sikap Mahathir sekarang tidak popular di antarabangsa, tetapi ia popular bagi orang Islam dan Melayu.
Kita boleh terima sikap Mahathir sekarang betul. Maka bagaimana sikap dulu? Adakah dulu tidak betul? Adakah dulu betul sekarang pun betul. Kedua-duanya mungkin betul, tetapi kita tertarik satu saja betul. Kedua-duanya betul adalah tidak betul.
Hukum politik berubah-ubah. Mahathir dulu biarkan Anwar Ibrahim di penjara. Kali ini dia tidak biarkan. Dibebaskannya Anwar dan diberi pengampunan. Dulu Anwar dipecat dari Timbalan Perdana Menteri. Kali ini isteri Anwar dijadikan TPM.
Dulu tidak dilihat anti rasuah tegar. Kini penentang rasuah nombor satu. Berubah dari tidak betul kepada betul dan dituntut. Sepanjang hidup beramal dengan amalan ahli neraka. Sehasta sebelum mati beramal dengan amalan ahli syurga, jadi ahli syurga.
Hukum berubah kerana politik berubah. Jangan elok-elok berubah, kerana politik berubah lagi, kita berubah balik kepada politik yang tidak betul dulu. Berubah kerana Allah, bukan kerana Machiavelli. -

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.