Sejak Wan Saiful Wan Jan dilantik menjadi Pengerusi Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) nampaknya semua cadangan dan ideanya
ditolak mentah-mentah bukan sahaja oleh rakyat, malah kerajaan Pakatan
Harapan (PH) sendiri.
Lebih malang lagi, skim kaedah bayaran balik
pinjaman secara potongan gaji berjadual (PGB) bermula Januari 2019
serendah RM40 sebulan sehingga mencecah lebih RM1,000 mengikuti paras
gaji juga ditolak oleh kabinet.
Mungkin dia terlupa bahawa
bukan semua graduan yang telah tamat pengajian secara automatik
mendapat kerja. Sebaliknya graduan ini ramai yang menganggur dan masih
mencari kerja.
Janji 1 Juta pekerjaan yang dijanjikan PH dalam
Buku Harapan pun masih belum ada bayang. Rakyat dah ditekan, belum
ditambah dengan janji PH meringankan beban rakyat yang tidak ditunaikan.
PTPTN ditubuhkan pada 1997 bagi menyediakan pinjaman untuk pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Sejak
itu, pinjaman PTPTN telah menjadi inisiatif bagi golongan mahasiswa
untuk meneruskan pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Janji tangguh bayaran
Sebelum
pilihan raya umum lalu, PH berjanji membenarkan peminjam dengan gaji
RM4,000 ke bawah menangguhkan bayaran, tetapi manifesto itu tidak dapat
dilaksanakan kerana dikatakan kedudukan kewangan negara belum kukuh.
Sekiranya
peminjam dibenar menangguhkan bayaran, hutang PTPTN akan menjadi beban
besar kepada negara. Justeru, sehingga hari ini kerajaan masih lagi
buntu mencari jalan penyelesaiannya terhadap perkara ini.
Pembuat
dan pelaksana dasar mesti mencari titik keseimbangan untuk mendapat
jalan keluar agar ahli masyarakat, terutama golongan muda yang masih
belum menyelesaikan hutang PTPTN dapat menarik nafas lega.
Pengerusi PTPTN sendiri katanya akan mendapatkan input dan melakukan kajian, namun sehingga hari ini masih mendiamkan diri.
Tiba-tiba timbul berita Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN bersara awal.
Sekiranya
isu inilah yang menjadi tekanan kepada beliau seharusnya bukan beliau
yang bersara sebaliknya Pengerusi PTPTN diminta untuk meletakkan jawatan
kerana gagal mencari solusi terhadap perkara ini.
Hutang makin bertambah
Hal
ini bertambah malang apabila Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik
mengumumkan bahawa tiada lagi bantuan peringkat pendidikan tinggi
melalui MyBrain. Ia sangat membebankan anak muda, terutama yang bakal
menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.
Cara lain, adalah
dengan meminjam PTPTN. Hutang mereka akan bertambah sekiranya sewaktu
ijazah pertama dahulu juga meminjam dari PTPTN. Ia sangat membebankan
mahasiswa dan anak muda.
Saya
mendapat rungutan anak muda bahawa setiap bulan peminjam akan menerima
email dari PTPTN yang menyatakan hutang bulanan dan baki tertunggak
kepada PTPTN.
Seharusnya pada waktu ini, PTPTN wajar meminta
semua peminjam untuk melakukan 'reschedule' pembayaran masing-masing.
Bukan menambah tekanan kepada peminjam.
Adakah
perbincangan meja bulat bersama mahasiswa, alumni insitusi pengajian,
institusi perbankan dan pihak berkepentingan telah dilakukan oleh PTPTN
bagi mencari jalan keluar terbaik terhadap perkara ini? Apakah keputusan
yang diperoleh sekiranya ia telah dilakukan?
Akhirnya, saya berharap PTPTN tidak menjadi lintah darat, along mahupun gangster yang mengutip hutang secara tiada kompromi.
Sebaliknya,
jika tidak tahu cari jalan penyelesaiannya tanyalah mereka yang lebih
arif. Jika malu, teruskanlah cara pembayaran sewaktu pemerintahan BN
yang lalu.
Nasib malang rakyat yang banyak tertipu oleh PH, lain dikata lain dibuat.
Jadi janganlah isu PTPTN ini umpama kayu buruk, buruk dek panas, reput dek hujan kepada golongan anak muda.
MOHAMAD NAJIB SAMURI ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Sri Gading.
'PTPTN jangan jadi lintah darat'
Reviewed by editorreformis
on
Februari 04, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Subky Latif APA sudah jadi pada otak Tun Dr Mahathir? Diangkatnya Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara yang disabit salah j...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.