Sekali Lagi Pas Bagi Laluan Bn di Dun Rantau
PAS Negeri Sembilan sedia memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO,
Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK)
Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Pemangku
Pesuruhjaya PAS negeri, Rafiei Mustapha, berkata parti itu akan memberi
sokongan penuh kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau
itu dengan membantu Barisan Nasional (BN).
“PAS
tidak akan bertanding di Rantau dan akan membantu Tok Mat (Mohamad)
atas dasar perpaduan ummah dan Melayu,” katanya selepas membuat laporan
polis berhubung penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, hari ini.
Rafiei
berkata, pihaknya kini bergerak ke arah menjalinkan kerjasama baik
antara PAS dan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang
direstui pucuk pimpinan.
“Di
peringkat Negeri Sembilan, kita sudah mengadakan secara bersama dua
program iaitu ceramah perdana di Felda Lui Barat, Jempol, bulan lalu
serta jamuan makan malam PAS Seremban dan pimpinan UMNO di daerah ini,
kelmarin,” katanya.
Beliau berkata, menjelang PRK Rantau pihaknya akan menggerakkan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat bagi membantu BN.
Ditanya
sama ada dua parti itu akan membentuk gabungan melalui perjanjian rasmi
katanya, ia dalam perbincangan di peringkat tertinggi.
Sementara
itu, berkenaan PRK Semenyih, Rafiei berkata, pihaknya turut membantu
calon BN melalui kehadiran Dewan Muslimat selain beberapa kumpulan lain
akan turun ke lokasi menjelang kempen terakhir.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.