Harga runcit RON95 dihadkan RM2.08 seliter
PUTRAJAYA: Had maksimum harga runcit
petrol RON95 yang sebelum ini ditetapkan pada paras RM2.20 seliter,
dikurangkan kepada RM2.08 seliter, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Beliau
berkata keputusan itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet hari ini
selepas mengambil kira aliran harga sebenar pasaran produk petroleum
yang semakin meningkat pada masa ini.
“Ini bermakna harga runcit RON95 akan dihadkan kepada RM2.08 seliter sungguhpun harga minyak dunia naik lebih daripada itu.
“Sekiranya
harga minyak dunia berada di bawah paras berkenaan, harga mingguan
petrol RON95 akan berada di bawah paras RM2.08,” katanya dalam
kenyataan, hari ini.
Beliau
berkata, harga runcit RON95, RON97 dan diesel berdasarkan pengiraan
Mekanisme Harga Automatik (APM) akan terus diumumkan secara mingguan.
Katanya,
pengurangan paras harga runcit bagi RON95 adalah selaras dengan
komitmen Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan kos sara hidup
rakyat.
Januari
lalu, Kerajaan Persekutuan melaksanakan penetapan harga runcit produk
petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang
perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga
petroleum di pasaran dunia.
Harga
runcit produk petroleum dihadkan pada harga RM2.20 seliter bagi petrol
RON95 melalui pemberian subsidi bagi melindungi pengguna daripada kesan
kenaikan harga yang ketara apabila harga minyak dunia meningkat.
Melalui
kaedah mingguan ini, harga runcit produk petroleum akan diturunkan
apabila harga minyak dunia turun tetapi apabila harga minyak dunia naik,
kenaikan harga runcit produk petroleum akan dihadkan pada RM2.20 bagi
produk petrol RON95 dan RM2.18 bagi diesel.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.