Sumber: SPRM akan panggil 8 lagi pemimpin PAS
Sumber dalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa sekurang-kurangnya lapan lagi pemimpin PAS akan dipanggil berhubung isu penerimaan dana RM90 juta daripada Umno.
Menurutnya, lapan yang bakal dipanggil itu sama ada terkait dengan dakwaan tersebut atau untuk membantu siasatan.
"SPRM hari ini bermula dengan Nasharuddin Mat Isa dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Sekurang-kurangnya lapan lagi pemimpin PAS dipanggil.
"Tiga dalam pimpinan pusat, dua dari Majlis Syura Ulama, seorang dari kerajaan Kelantan, seorang dari sayap pemuda dan seorang lagi dari pimpinan PAS Pahang.
"Daripada lapan orang ini, dua daripadanya adalah anggota parlimen," kata sumber itu yang arif dengan siasatan yang dijalankan.
Hari ini, Nasharuddin yang merupakan bekas timbalan presiden PAS hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya manakala Nik Abduh - anggota parlimen Bachok - di ibu pejabat SPRM Kelantan. SPRM sebelum ini mengesahkan menerima laporan berhubung RM90 juta disyaki dari syarikat 1MDB yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.