Tangkap segera pelaku letakkan berhala di surau - Mujahid
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Mujahid Yusof Rawa menggesa pihak polis mengambil tindakan segera
berhubung penemuan dua tokong berhala dalam masa empat hari di Surau
Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, Klang.
Mujahid turut melahirkan kebimbangan sekiranya perkara ini kekal berterusan, ia akan menimbulkan pelbagai provokasi.
“Saya difahamkan begitulah. Jadi sekali lagi saya tegaskan bahawa pihak polis kena ambil tindakan segera sebab jika dibiarkan akan menimbulkan provokasi.
“Kita tidak mahu melihat negara kita ini dicemari dengan
tindakan-tindakan sebegitu rupa,” katanya ketika ditemui pada sidang
media selepas menghadiri Jamuan Muhibbah Tahun Baru Cina di Subang Jaya
pada Ahad.
Pada Rabu, penduduk Taman Pendamar Indah terkejut apabila mendapati sebuah patung berhala diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda.
Patung itu dipercayai diletakkan individu tidak bertanggungjawab sebelum disedari oleh seorang siak yang datang untuk membuat persiapan bagi solat Asar di surau berkenaan.
Terbaharu pada Sabtu, kejadian yang sama berulang apabila dua patung berhala agama Hindu diletakkan di atas tembok pintu masuk surau dan tersebut sebelum disedari oleh seorang wanita yang dalam perjalanan ke kelas agama.
“Siapa yang bersalah minta segera ditangkap agar menunjukkan kesungguhan kita untuk menjaga tempat-tempat ibadah khususnya di dalam masjid atau pun surau,” katanya.
Mujahid turut melahirkan kebimbangan sekiranya perkara ini kekal berterusan, ia akan menimbulkan pelbagai provokasi.
“Saya difahamkan begitulah. Jadi sekali lagi saya tegaskan bahawa pihak polis kena ambil tindakan segera sebab jika dibiarkan akan menimbulkan provokasi.
Pada Rabu, penduduk Taman Pendamar Indah terkejut apabila mendapati sebuah patung berhala diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda.
Patung itu dipercayai diletakkan individu tidak bertanggungjawab sebelum disedari oleh seorang siak yang datang untuk membuat persiapan bagi solat Asar di surau berkenaan.
Terbaharu pada Sabtu, kejadian yang sama berulang apabila dua patung berhala agama Hindu diletakkan di atas tembok pintu masuk surau dan tersebut sebelum disedari oleh seorang wanita yang dalam perjalanan ke kelas agama.
“Siapa yang bersalah minta segera ditangkap agar menunjukkan kesungguhan kita untuk menjaga tempat-tempat ibadah khususnya di dalam masjid atau pun surau,” katanya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.