https://critoxium.com/shop/

Terkini

Ada juga yang PAS belajar dari UMNO.

Oleh Rafizi Ramli

Bagi yang mencari kebenaran, bukti-bukti ini sangat jelas. Bagi yang taksub sehingga tidak menggunakan akal dan hati yang Allah kurniakan, mereka akan terus memaki hamun.

- Persetujuan dicapai supaya bayaran dari DS Hadi Awang kepada Clare Rewcastle Brown itu tidak dibuat atas arahan mahkamah, tetapi atas persetujuan sukarelawa Presiden PAS itu. Kalau diarahkan oleh mahkamah dan direkodkan oleh mahkamah, maka nampak yang DS Hadi Awang kalah dalam saman itu

- Lalu budak-budak PAS dengan lantang menjaja yang mahkamah tidak memerintahkan si penyaman yang menarik sama membayar kos, seolah-olah seri

- Rupa-rupaya ada perjanjian tepi (macam PM Tepi) yang telah awal-awal membayar sejumlah RM1.4 juta kepada Clare Rewcastle Brown untuk mendapat persetujuan beliau menghentikan kes itu.
Kalau diteruskan, sudah tentu lebih banyak terbongkar termasuk rakaman pengakuan pimpinan PAS menerima wang dari UMNO

- Surat arahan kepada bank dengan jelas menyatakan bahawa wang itu adalah bayaran dari DS Hadi Awang untuk menyelesaikan kes samannya terhadap Clare Rewcastle Brown
Dengan segala bukti ini pun, masih ramai yang ratib "fitnah" "kencing" "hancing".

Itu belum tanya lagi berapa ribu tin milo yang dipenuhkan dengan kutipan dari ahli PAS untuk membayar kos yang mahal atas kesilapan strategi "king-maker" dan menjadi khadam Najib Razak ini?

Dari parti yang dihormati, gara-gara bersekongkol dengan #MaluApaBossKu walau mencuri, PAS kini dikenali:

1) parti bohong syariah - berbohong itu boleh untuk menyembunyikan ambil wang dari parti lawan
2) parti bayar lawan tarik saman - kutip duit dari ahli yang miskin untuk bayar lawan dan tutup kemaluan yang lebih besar itu dibenarkan

Betul lah kata Najib, dalam zaman sekarang ini, nak malu apa? Kalau curi berbilion pun tak malu, setakat berbohong pasal ambil duit UMNO atau bayar Clare Rewcastle Brown elak kalah di mahkamah, apa la nak malu.

Ada juga yang PAS belajar dari UMNO.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.