https://critoxium.com/shop/

Terkini

PAS kata nombor akaun RM1.4 juta ‘palsu’, peguam Clare sahkan ‘asli’

KUALA LUMPUR.PAS mendakwa foto nombor akaun untuk cek RM1.4 juta palsu manakala peguam editor Sarawak Report mengesahkan angka berkenaan milik anak guamnya Clare Rewcastle Brown.

Namun, Americk Sidhu, penama dalam cek, enggan mendedahkan pemegang akaun yang menulis cek itu tetapi beliau menjelaskan cek tersebut ditulis di depannya.

“Saya boleh sahkan cek ini sudah dijelaskan melalui akuan Maybank anak guam saya, yang bermakna cek ini asli atau bank yang luluskan itu buat kesilapan besar,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Menafikan dakwaan gambar cek dan nombor akaun yang didakwa bayaran yang dibuat PAS, Nasrudin Hassan pula mendakwa ada yang cuba memindahkan wang ke akaun tersebut sebelum mendapati ia tidak wujud.

“Kelmarin ditularkan gambar cek dan nombor akaun untuk memfitnah PAS dengan lagu baru RM1.4 juta,” kata ketua penerangan PAS di Facebook hari ini

“Ada kawan-kawan semak nombor akaun yang ditular itu dengan cuba transfer (pindahkan) duit RM5 dan RM1, ternyata akaun itu tidak wujud.”

Hari ini Clare mengesahkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar RM1.4 juta kepadanya untuk menarik semula saman fitnahnya.

Turut melampir beberapa gambar dokumen bagi mengesahkan jumlah itu, beliau berkata bayaran tersebut adalah penyelesaian kedua-dua pihak untuk tidak membuka mulut.

Clare keluar dari kerahsiaan kerana pemimpin PAS melanggar perjanjian dengan pelbagai kenyataan termasuk menafi kewujudan perkara itu walau mereka tidak patut membuat ulasan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.