AMANAH Sedia Hadapi Gabungan ''No-PAS''
Isu gabungan Umno dan Pas atau 'NO-PAS' yang sebelum ini bermula dalam gelap, kini
sudah semakin menjadi realiti. Dalam perkembangan terbaru termasuk pilihan raya kecil
Semenyih, hubungan kedua-dua parti ini semakin intim ke arah pembentukan sebuah
gabungan politik.
Parti Amanah Negara (AMANAH) menyeru seluruh pemimpin dan ahli untuk mengambil
perhatian terhadap perkembangan terbaru ini. AMANAH hendaklah mengakui hakikat
untuk membuat pendekatan dan strategi baru bagi menguasai pemikiran rakyat khususnya
orang Melayu dan Islam di negara ini.
AMANAH juga perlu bersedia untuk menghadapi serangan isu agama dan kaum ke arah
penguasaan majoriti umat Islam dan rakyat Malaysia sekarang dan pada masa akan
datang. Pendekatan Islam Rahmat Untuk Semua atau Rahmatan Lil Alamin perlu lebih
menonjol untuk diterjemahkan dengan mengambil kira kewujudan pelbagai kaum dan
agama di Malaysia.
Bersama Pakatan Harapan, AMANAH akan terus berusaha menghadapi politik order baru
ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang.
"MENGGALAS AMANAH, MEMBINA NEGARA"
HJ. MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.