Berapa markah untuk Kerajaan PH?
Oleh Ahmad Zaini Kamaruzzaman
PROF Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi, dalam kolumnya yang disiarkan dalam Borneo Post versi online menulis mengenai pencapaian Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berusia sembilan bulan selepas menamatkan pemerintahan enam dekad Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei tahun lalu.
Dengan tajuk A citizen’s early report card on the ‘New Malaysia (Kad laporan awal daripada rakyat kepada Malaysia Baharu), profesor UCSI membincangkan berapa markah yang perlu diberikan kepada kerajaan baharu ini.
Katanya, selepas sembilan bulan rakyat ‘menghumban’ Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak, apa agaknya yang akan mereka sambut bagi meraikan kejayaan sempena menjelang ulang tahun pertama pemerintahan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, kira-kira tiga bulan dari sekarang.
Katanya, beliau boleh memberikan markah tanpa perlu menunggu hari ulang tahun itu pada 9 Mei depan dengan hanya melihat apa yang berlaku dalam parti komponen PH, keputusan beberapa pilihan raya kecil, isu pendidikan, ekonomi dan prestasi barisan anggota Kabinet.
Persepsi negatif berterusan
Pada pandangan saya, memang benar setakat ini tidak banyak markah yang boleh diberikan kerana secara keseluruhan pelbagai isu belum diselesaikan, janji belum ditunaikan dan kemelut dalaman parti komponen terus menghantui PH.
Banyak yang dibangkitkan parti pembangkang dan penyokongnya juga tidak ditangani secara tuntas oleh PH. Serangan bertali arus dalam media sosial pun gagal dijawab sama ada oleh parti atau jabatan serta agensi kerajaan sendiri.
Akibatnya, persepsi negatif berterusan. Pendek kata, PH gagal dalam perjuangan di medan sosial media, sama seperti kegagalan Kerajaan BN ketika sebelum PRU-14 lalu.
Selain itu, prestasi barisan Kabinet juga belum meyakinkan sehingga ada yang mempersoalkan kemampuan sesetengah daripada mereka, termasuk beberapa Menteri Besar. Dr Mahathir sendiri pernah menegur barisan anggota Kabinet supaya berubah dan bertindak sebagai kerajaan, bukan seperti ketika menjadi pembangkang sebelum ini.
Ada penjawat awam memberitahu sistem penyampaian kerajaan agak perlahan sehingga menyebabkan pelaksanaan sesuatu keputusan tersekat. Lebih mengejutkan mereka memaklumkan ada menteri yang lambat membuat keputusan.
“Ada satu kementerian, timbalan menterinya boleh membuat keputusan dalam masa dua jam, tetapi menterinya, dua minggu pun belum mampu membuat keputusan. Ini menyebabkan pegawai kerajaan tidak boleh nak buat kerja,” kata seorang pegawai kanan kerajaan.
Ada juga seorang menteri telah beberapa kali menukar setiausaha politik dan setiausaha akhbar, berpunca daripada sikapnya yang tidak mahu mendengar pandangan serta nasihat hingga banyak kenyataannya dan keputusan menerima kritikan bukan sahaja daripada pembangkang, malah pengundi PH sendiri.
Walaupun Dr Mahathir menegaskan kerajaan pimpinannya bekerja keras untuk menunaikan semua janji dalam manifesto dan memfokuskan usaha mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, ia sukar dilaksanakan jika tiada perubahan dalam kalangan pemimpin PH.
Beri peluang, tunggu
Beliau juga mengingatkan mereka supaya menjaga sensitiviti kaum dan agama serta tidak membuat teguran secara terbuka. Kenyataan yang dikeluarkan juga tidak sepatutnya menyakitkan hati mana-mana kaum dan agama.
“Sama ada kita Islam atau bukan Islam tetapi teguran terhadap kaum dan agama lain jangan dilakukan oleh kita. Kalau ada masalah hubungan, kita perlu rujuk kepada kerajaan dan bukan keluarkan pendapat kepada khalayak ramai. Itu bukan cara kita,” kata Dr Mahathir.
Beliau tidak akan berkata demikian secara terbuka jika ia tidak berlaku. Teguran beliau itu jelas menunjukkan beliau tidak berapa berkenan dengan cara sesetengah pemimpin PH.
Justeru, berapa agaknya markah untuk kad laporan pencapaian Kerajaan PH? Ada tiga bulan lagi sebelum ulang tahun sambutan dan empat tahun sebelum PRU-15. Kita bagi peluang dan tunggu sama ada, akan ada perubahan dalam tempoh berkenaan.
Penulis adalah Pengarang Eksekutif Komersial dan Ehwal Semasa

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.