Demo : Tujuannya adalah untuk membakar sentimen perkauman
Adakah langkah mengizinkan kebebasan bersuara dan berhimpun secara
aman untuk meluahkan protes kini menghantui Pakatan Harapan?
Kedua-duanya sejak kebelakangan ini kerap digunakan (oleh pihak
tertentu) untuk menghentam kerajaan PH.
Jika ya, adakah PH mesti menarik balik keizinan itu? Dan negara kembali ke era lalu ketika perhimpunan aman amat sukar diadakan dan bersuara dengan bebas mendatangkan mengundang pelbagai keperitan?
Tentunya tidak. Pakatan Harapan tidak boleh menoleh ke belakang atau berpatah balik. Izin yang sudah diberi mesti diteruskan. Demi kebaikan negara.
Baru baru ini seorang kawan lama saya yang kini aktif dalam PAS berkongsi Gerakan Pembela Ummah Melaka di Facebook yang mengajak ”umat Islam Melaka berhimpun di depan masjid Kg Hulu demi Rasulullah yang kita cintai dan kasihi”.
Perhimpunan juga menurut posting berkenaan bagi membantah “tindakan pihak berkuasa membebaskan seorang lelaki bernama Sing Wai Foo yang menghina Nabi”.
Memang wajib umat Islam mencintai dan mengasihi Nabi Muhammad SA mengikut cara tersendiri.
Yang ingin saya perkatakan ialah bab “membantah pihak berkuasa membebaskan lelaki yang seorang lelaki bernama Sing Wai Foo yang menghina Nabi”.
Google memberi maklumat ada seorang lelaki bernama Wai Foo Sing yang terbabit dalam kes menghina Nabi.
Dan menurut laporan media lelaki berkenaan sudah pun dihadapkan ke mahkamah. Dia mengaku tidak bersalah dan mahu dibicarakan. Tetapi dia tidak dapat bayar wang ikat jamin RM20,000. Lalu dia dihantar ke penjara.
Sehingga artikel ini ditulis belum ada perkembangan yang dilaporkan media. Untuk mengatakan dia dibebaskan (lantas menggambarkan tidak ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa) adalah tidak benar. Dia akan tetap dibicarakan.
Dan ketika saya menulis artikel ini juga, Malaysiakini melaporkan Ummah di peringkat nasional mahu menganjurkan perhimpunan untuk memberi “amaran kepada pihak yang melakukan provokasi ke atas umat Islam supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama dan menarik perhatian kerajaan tidak membiarkan agama Islam dihina”.
Pada masa yang sama Ummah mahu memberi sokongan kepada pihak polis “memastikan rule of law berjalan tanpa campur tangan pihak luar”.
Pelik. Dua orang sudah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina Nabi. Rasanya itu satu kepastian –jika kepastian yang dituntut – rule of law diamalkan dan berjalan baik.
Ketika anda membaca artikel ini kedua dua perhimpunan yang disebut mungkin sudah pun berlangsung.
Kesimpulan terbaik bagi saya dibuat oleh kawan lama saya Zin Mahmud, bekas editor Utusan Malaysia dan Harakah (sekadar menyenarai dua organisasi media yang Zin pernah bertugas).
Menerusi posting beliau di Facebook yang saya petik secara total, Zin berkata:
“Mereka bukan peduli. Kerajaan dah kata tak tandatangan Icerd. Mereka demo juga. Kerajaan sudah tangkap orang yang didakwa menghina Nabi, mereka demo juga.
“Nampaknya demo sekarang bukannya hendak membantah atau hendak menuntut apa-apa. Tujuannya adalah untuk membakar sentimen perkauman”.
Dan beliau turut memberi nasihat seperti berikut:
“Saudara saudara sebangsa dan seagamaku, tidak usahlah bermain dengan api. Semuanya boleh terbakar dan segala akan menjadi sia-sia.
“Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya.”.
Bagi saya itu nasihat yang bagus.
Jika ya, adakah PH mesti menarik balik keizinan itu? Dan negara kembali ke era lalu ketika perhimpunan aman amat sukar diadakan dan bersuara dengan bebas mendatangkan mengundang pelbagai keperitan?
Tentunya tidak. Pakatan Harapan tidak boleh menoleh ke belakang atau berpatah balik. Izin yang sudah diberi mesti diteruskan. Demi kebaikan negara.
Baru baru ini seorang kawan lama saya yang kini aktif dalam PAS berkongsi Gerakan Pembela Ummah Melaka di Facebook yang mengajak ”umat Islam Melaka berhimpun di depan masjid Kg Hulu demi Rasulullah yang kita cintai dan kasihi”.
Perhimpunan juga menurut posting berkenaan bagi membantah “tindakan pihak berkuasa membebaskan seorang lelaki bernama Sing Wai Foo yang menghina Nabi”.
Memang wajib umat Islam mencintai dan mengasihi Nabi Muhammad SA mengikut cara tersendiri.
Yang ingin saya perkatakan ialah bab “membantah pihak berkuasa membebaskan lelaki yang seorang lelaki bernama Sing Wai Foo yang menghina Nabi”.
Setelah Google tidak ada lelaki bernama Sing Wai Foo terbabit.
Dan menurut laporan media lelaki berkenaan sudah pun dihadapkan ke mahkamah. Dia mengaku tidak bersalah dan mahu dibicarakan. Tetapi dia tidak dapat bayar wang ikat jamin RM20,000. Lalu dia dihantar ke penjara.
Sehingga artikel ini ditulis belum ada perkembangan yang dilaporkan media. Untuk mengatakan dia dibebaskan (lantas menggambarkan tidak ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa) adalah tidak benar. Dia akan tetap dibicarakan.
Dan ketika saya menulis artikel ini juga, Malaysiakini melaporkan Ummah di peringkat nasional mahu menganjurkan perhimpunan untuk memberi “amaran kepada pihak yang melakukan provokasi ke atas umat Islam supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama dan menarik perhatian kerajaan tidak membiarkan agama Islam dihina”.
Pada masa yang sama Ummah mahu memberi sokongan kepada pihak polis “memastikan rule of law berjalan tanpa campur tangan pihak luar”.
Pelik. Dua orang sudah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina Nabi. Rasanya itu satu kepastian –jika kepastian yang dituntut – rule of law diamalkan dan berjalan baik.
Ketika anda membaca artikel ini kedua dua perhimpunan yang disebut mungkin sudah pun berlangsung.
Kesimpulan terbaik bagi saya dibuat oleh kawan lama saya Zin Mahmud, bekas editor Utusan Malaysia dan Harakah (sekadar menyenarai dua organisasi media yang Zin pernah bertugas).
Menerusi posting beliau di Facebook yang saya petik secara total, Zin berkata:
“Mereka bukan peduli. Kerajaan dah kata tak tandatangan Icerd. Mereka demo juga. Kerajaan sudah tangkap orang yang didakwa menghina Nabi, mereka demo juga.
“Nampaknya demo sekarang bukannya hendak membantah atau hendak menuntut apa-apa. Tujuannya adalah untuk membakar sentimen perkauman”.
Saya setuju dengan apa yang Zin katakan.
“Saudara saudara sebangsa dan seagamaku, tidak usahlah bermain dengan api. Semuanya boleh terbakar dan segala akan menjadi sia-sia.
“Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya.”.
Bagi saya itu nasihat yang bagus.
MOHSIN ABDULLAH ialah seorang wartawan tua yang menulis mengenai itu dan ini, di sana dan di sini.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.