Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan blogger Raja Petra Kamarudin sebagai pembohong.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Raja Petra di lamannya Malaysia Today
berkenaan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
terhadap projek Terowong Dasar Laut dan projek jalan raya di Pulau
Pinang.
"Raja Petra Kamaruddin seorang pembohong. Dia selalu
berbohong dan kamu masih lagi mahu mempercayainya," katanya ringkas
ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Kempen Pemilikan
Rumah (HOC) 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Baru-baru ini, beberapa artikel di Malaysia Today menyiarkan apa yang didakwa sebagai kertas siasatan SPRM berkenaan kes itu yang turut mengaitkan beberapa exco negeri itu.
Menurut laporan Free Malaysia Today 28 Februari lalu, bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata akan menjawab dakwaan itu hari ini.
Timbalan
Ketua Menteri II P Ramasamy pula dipetik berkata beliau sedia
mempertahankan diri di mahkamah jika ada bukti beliau terlibat dalam
sebarang salah laku berkenaan projek terowong tersebut.
Sementara itu, Mahathir dalam ucapannya berkata harga rumah mampu milik sepatutnya di bawah RM300,000.
"Memandangkan
taraf ekonomi penduduk juga telah meningkat, maka secara dasarnya,
harga rumah mampu milik adalah di bawah RM300,000," katanya.
Beliau juga menyatakan komitmen kerajaan bagi menyediakan seberapa banyak rumah mampu milik di bandar walaupun berdepan cabaran.
“Selaras
dengan Dasar Perumahan Negara, kerajaan sentiasa komited bagi
memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti dan
mampu dimiliki.
“Tiada makna bagi sesebuah negara mencapai
kemajuan tetapi rakyatnya tinggal di rumah yang daif dan tidak menepati
piawaian minimum perumahan,” katanya lagi
Dr M: Masih nak percaya Raja Petra?
Reviewed by editorreformis
on
Mac 01, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.