Rafizi menerusi penjelasan terperinci dalam akaun Facebook miliknya hari ini berkata, hasil penyelidikan mudah terhadap perkara tersebut mendapati akaun bank yang dinamakan itu benar-benar wujud dan bukannya palsu seperti didakwa sesetengah pihak.

“Saya telah memindahkan wang RM10 ke akaun Bank Islam Tetuan Yayasan Taqwa untuk mengesahkan kesimpulan mengenai peraturan kod akaun Bank Islam betul dan sistem CIMB Clicks mengesahkan bahawa akaun ini memang bernombor 14023010039425.

“Kemudian, saya memindahkan RM10 ke akaun bernombor 14032010001388 yang dinamakan di dalam perjanjian antara Rewcastle-Brown dan Abdul Hadi serta mendapati akaun tersebut wujud di bawah nama seorang individu berikutan pindahan yang dibuat berjaya,” katanya.

Rafizi menambah, hal itu mengesahkan akaun yang dinamakan, sumber wang untuk RM1.4 juta, tokoh yang cek dan akaun digunakan untuk membuat pembayaran tersebut adalah wujud.