Hentikan sokongan kepada golongan Liberal
HIMPUNAN Woman's March
yang diadakan pada hari ini, 9 Mac 2019 adalah satu agenda mengarut dan
jelas menunjukkan kedangkalan atau ketidak perihatinan pemahaman
pendukung ini terhadap akar budaya rakyat Malaysia yang menekankan adab
sopan dan budi pekerti mulia.
Intipati daripada laungan “Hidup Wanita”, “Hidup LGBT”, "Hentikan Stereotaip dan Prejudis”, serta perjuangan kesaksamaan gender
sebenarnya berlawanan dengan norma masyarakat Malaysia kerana ia hanya
berakar umbi daripada gerakan-gerakan di Barat dan Eropah.
Muslimat PAS ingin menegaskan bahawa
Allah S.W.T telah secara jelas mencegah dan melarang gaya hidup LGBT
dalam Surah al-A'raf ayat 80-81, dan tindakan mempromosi dan
mempertahankan hak LGBT dilihat sebagai mencabar perintah Allah S.W.T
dan ianya amat memalukan kerana Malaysia merupakan sebuah negara Islam.
Kami juga mengecam tindakan kerajaan
mengumumkan peruntukan sebanyak RM30,000 kepada SIS, sebuah pertubuhan
yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Selangor, serta
perjuangannya bertentangan dengan kehendak rakyat Malaysia.
Oleh itu, Muslimat PAS menyatakan
bantahan terhadap perhimpunan dan segala kehendak golongan Liberal
seperti SIS dan Women Aid Organization (WAO) untuk menyemai idea Liberal
dan Feminisme di Malaysia.
Kami juga menyeru agar semua wanita
tidak mengikuti ajaran songsang ini dan terus mengenal Islam serta
ajarannya yang sebenar dan kami percaya agama lain juga mencegah
perbuatan songsang yang tidak mendatangkan manfaat kepada penganutnya.
Di samping itu, Muslimat PAS sangat
mendukung usaha untuk menyelamatkan rakyat yang tertindas melalui
pelbagai cara dan kami juga konsisten memperjuangkan hak semua wanita
dengan adil dan saksama tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
9 Mac 2019 bersamaan 2 Jamadil Akhir 1440 - H





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.