Hina agama: Kerajaan hanya diam membisu
KUALA LUMPUR: Timbalan
Pengerusi Gerakan Pembela UMMAH, Kamaruzaman Mohamad kecewa dengan sikap
membisu kerajaan dalam isu penghinaan agama Islam.
Perkara itu dinyatakan beliau menerusi
sidang media UMMAH yang diadakan semalam di IPD Dang Wangi berkenaan
laporan polis terhadap isu penghinaan Alvin Chow ke atas Rasulullah SAW.
Terdahulu, selepas demonstrasi di Masjid
Negara Jumaat lalu, beliau telah membuat penegasan kepada kerajaan
supaya bertindak tegas terhadap sebarang usaha menimbulkan suasana tidak
aman terhadap negara dengan membangkitkan isu-isu sensitif.
Beliau berkata, perkara itu bukan sahaja
membangkitkan isu sensitif, tetapi merupakan penghinaan secara biadap
terhadap Rasulullah SAW.
“Saya telah memberi amaran kepada
Mujahid supaya mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelak kejadian ini
daripada berulang,” katanya.
Namun, UMMAH kesal dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang bertindak sebaliknya.
“Tapi apa yang berlaku sebaliknya,
beliau lebih menekan orang yang nak bangkit membela Nabi berbanding
orang yang menghina maruah Nabi.
Justeru itu, beliau memberi amaran yang
tegas sekiranya kerajaan gagal menangangi isu tersebut pihaknya akan
mengadakan himpunan yang jauh lebih besar dari sebelum ini.
“Ini janji komitmen kami daripada Gerakan Pembela UMMAH,” kata beliau.
Dalam masa yang sama, beliau turut
mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr
Mujahid Yusof Rawa untuk meletak jawatan sekiranya tidak mampu
mempertahankan agama.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.