Hina Nabi: Tiga pemilik facebook ditahan, Alvin Chow masih diburu
KUALA LUMPUR 5
Mac.- Sebanyak 929 laporan telah diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM)
diseluruh negara berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri
baginda, Saidatina Aishah menerusi laman media sosial Facebook.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 kertas siasatan telah dibuka bagi tindakan lanjut.
Ketua
Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, susulan laporan
tersebut, sebanyak empat individu telah dikenalpasti sebelum tindakan
diambil ke atas mereka.
Ujarnya, tiga daripada mereka iaitu pemilik akaun Facebook Bakakuk, Ayea Yea dan Yazid Kong telah ditahan kelmarin dan semalam.
“Selain
itu, pihak kita juga sedang memburu seorang lagi individu yang
menggunakan akaun Twitter Alvin Chow yang dipercayai masih berada di ibu
negara untuk diambil tindakan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.