https://critoxium.com/shop/

Terkini

Individu bayar RM1.4 juta rapat dengan menantu Hadi

KUALA LUMPUR,  — Individu yang dinamakan Rafizi Ramli membayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report dikatakan rapat dengan menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengandaikan telahan bekas naib presiden PKR tepat, individu bergelar Datuk sebelum ini kerap mengunjungi rumah Zaharuddin Muhammad di Kota Damansara, kata sumber kepada ProjekMM hari ini.

Bekas pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang juga pengerusi sebuah syarikat bukan kerajaan (GLC), juga antara individu awal yang mahukan penubuhan kerajaan perpaduan (UG) pada 2008.

Beliau juga ada mengajak pemimpin utama Parti Amanah Negara (Amanah) yang ketika itu masih dalam PAS untuk mengadakan rundingan dengan Umno tetapi cadangannya ditolak.

“Beliau seorang yang baik dan suka tolong kawan yang dalam kesusahan. Dulu masa pemimpin PKR ditahan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), beliau antara yang bantu kewangan keluarga itu,” kata sumber lagi.
Rafizi menamakan individu te
rsebut selepas membuat penyelidikan berkaitan pihak ketiga yang membuat bayaran kepada Clare Rewcastle Brown bagi pihak Hadi.
Hadi didakwa membuat bayaran tersebut sebagai penye
lesaian luar mahkamah dalam kes saman fitnah berkaitan dana RM90 juta yang didakwa diterima PAS menjelang pilihan raya umum ke-14.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.