Jangan biar Umno tentukan masa depan BN
Oleh Punithan Paramsiven
Pertama sekali tahniah kepada jentera Barisan Nasional dan PAS yang memastikan kemenangan DUN Semenyih.
Sudah pasti kemenangan tersebut akan memberikan semangat baru kepada pembangkang.
Bagaimanapun, apakah acuan Barisan Nasional itu masih relevan? Kepimpinan Umno rata-ratanya melihat gabungan Umno-PAS lebih diutamakan daripada BN-PAS.
Kerjasama Umno-PAS hanyalah gimik pembangkang yang sementara. Gabungan parti komponen MIC dan MCA bersama Umno adalah atas dasar patriotik untuk kemerdekaan Negara. Saya lihat kefahaman ini mula luntur di kalangan pemimpin Umno sendiri.
Kepimpinan
MIC perlu sedar bahawa kini tiba masanya untuk kita memikirkan kembali
kedudukan dan hala tuju parti dalam Barisan Nasional.
Sedarkah kita apabila Setiausaha Agung BN mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan sensitif yang menggugat semangat rakan parti komponen BN, sehingga kini tiada tindakan diambil.
Lebih-lebih lagi dimanakah letaknya konsensus Barisan Nasional dalam pelantikan Setiausaha Agung BN? Adakah pelantikan tersebut telah dibincang bersama rakan BN yang lain?
Hakikatnya, riwayat BN kini perlu ditentukan oleh MIC dan MCA bukannya Umno.
Sekiranya kita mahu meneruskan kerjasama dengan PAS, apa salahnya kita membentuk gabungan baru bersama PAS yang tidak bersifat sementara.
Gabungan baru perlulah lebih futuristik, pragmatik dan mencorakkan perpaduan Negara.
PAS sebenarnya telah menyatakan sokongan kepada calon MIC di Cameron Highlands terlebih dahulu sebelum PAS turun membantu BN.
Ini menunjukkan MIC yang menjadi pemangkin kepada peranan PAS bersama BN bermula dari Cameron Highlands. Strategi itulah yang sehingga kini membantu BN memenangi dua PRK.
Justeru, MIC tidak boleh berdiam diri lagi. Saya memohon kepimpinan parti MIC bertindak segera dan membuat keputusan dengan mengambil kira masa depan parti.
Saya percaya kita masih mempunyai ruang dan peluang untuk membuat keputusan demi parti.
* Punithan Paramsiven adalah ahli jawatankuasa kerja pusat MIC

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.