https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kementerian Penerangan udah seperti tunggul kayu ...

Oleh A Zuher Shah

Udah teman kabokan dari awal malah boleh dikatekan seluruh nitizen atau penyokong Kerajaan Baru (PH) mengulangi isu yang same..

Kementerian Penerangan udah seperti tunggul kayu, kayu reput, lemau, lembab, longlai, mamai, lambat dan bagai dalam menjalankan kojenyee...

Ape payah sangat nak menyampaikan info terkini dan diulang tayang polisi,dasar kerajaan baru, kemudahan untuk rakyat yang telah dibuat dan bakal dibuat, hak-hak rakyat yang telah ditambahbaikan dan bagai...

RTM dan radio di bawah Kementerian Penerangan sepatutnya menyampaikan info-info terkini terutama siaran di waktu puncak...

Jangan jadi bebal sesangat, RTM (TV1 & 2) contohnyee menjadi wadah kepada majoriti penduduk di pendalaman, luar bandar atau penduduk kampung diwaktu senggang dema, dan kite semue sedia maklum tak semua rakyat mampu untuk melanggani ASTRO atau siaran berbayar...

Diulangi lagi sekali, gunekan kelebihan hak penyiaran yang kerajaan ade, buatkan dalam bentuk filem, iklan pendek, dokumentari untuk disiarkan berulang-ulang kali, bukannye nak menyampaikan mesej-mesej berkepentingan dalam politik pun tetapi dasar, polisi dan apa yang udah dibuat atau bakal dilakukan untuk rakyat.

Teman pernah duk bertandang disebuah kampung Orang Asal di sebuah negeri, mampuih idup balik dema kate Kerajaan Baru mengambil alih secara paksa untuk memerintah negara sedangkan dema ade tv, radio bagai, RTM dan TV3 menjadi wadah pengetahuan dan hiburan dema terutama bile dema duk berkumpul di waktu malam...

Malah teman pernah duk mengopi di sebuah warung yang agak hulu lolasinye, secara kebetulan kedai yang same teman melepak dekat tige hari selepas selesai tugasan teman, majoriti labun, perbincangan, bual bicara dema tetang isu hangat yang sedang diviralkan diketika tuhh, antaranyee kes rampasan barangan bini Najib, pertuduhan kes Najib, Felda, Tabung Haji, MARA, PTPN bagai, ditokok tambah pulak seko dua toktok matan AJK parti lama mengalahkan Professor serba tau die duk kencing orang kampung yang duk mengopi, ini realitinyee...

Nak harapkan media dibawah Media Prima terutama TV3 bagai, kirim salam lahhh, masih ramai lagi puak lama yang duk bersarang di dalam organisasi tersebut, malah difahamkan Ketua Pengarah Penerangan pun duk kalikong dalam menyampaikan mesej kerajaan baru.

Percayelah semue kerajaan baru akan melakukan perkara yang same jika diamanahkan untuk mentadbir sesebuah negara...

Tolonglah Pak Menteri Kabo-Kabo, duduk dan pandang serius isu ini, ramai rakyat sudah mule berpaling semule kepada parti bapak segala penyamun, bukti didepan mata sudah jelas dan idak sampai setahun memegang tampuk pemerintahan, Kerajaan Baru udah ilang 1 kusi dan satu kusi lagi sepatutnya memang menjadi hak PH...

Tangkis, pandang, pantau dengan lebih serius, diberi keutamaan kepada setiap isu yang diviralkan di media sosial yang jelas mempersenda, memporakperandakan dan agenda berniat jahat untuk menghancurkan KERAJAAN PAKATAN HARAPAN....

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.