New Zealand bakal ketatkan undang-undang senjata api
CHRISTCHURCH 16
Mac - Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern bakal mengetatkan
undang-undang senjata api negara ini susulan insiden tembakan rambang di
dua buah masjid sehingga mengorbankan 49 orang semalam.
Menurut Ardern, suspek, Brenton Tarrant,
memperoleh lesen senjata api Kategori A pada November 2017 dan mula
membeli lima senjata yang digunakan dalam serangan semalam pada bulan
seterusnya secara sah.
Senjata api yang dibeli oleh suspek termasuklah dua senapang separuh automatik, dua senapang patah dan senjata tindakan tuil.
“Fakta
bahawa individu ini telah memperoleh lesen senjata api dan membeli
senjata api, jadi secara jelasnya orang ramai mahukan perubahan dan saya
komited ke arah itu,” katanya. - AFP
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.